Suami dan Isteri

Monday, March 17, 2014

Suami isteri.


Walaupun bakal suami saya nanti belum tentu dapat mebimbing saya sebaik mungkin,bukan alasan saya untuk merendahkan martabatnya sebagai seorang lelaki.Saya harap apabila nanti kita sudah sah bergelar suami isteri,kita dapat sama-sama membimbing dan sama-sama menegur.Mencintai segala kekurang dan mengagumi segala kelebihan.Semoga suatu hari nanti jodoh kita kekal walaupun masanya belum pasti dekat mahupun jauh.

Andai kata ada sesiapa antara kita punyai kisah silam yang buruk mana sekalipun,kita jadikan benda tu sebagai ikhtibar.Bukan bermaksud untuk kita terus melupakan kisah silam.Cukuplah disimpan hanya untuk menjadi pengajaran supaya tidak dilakukan pada masa hadapan.Apabila kita telah berjanji untuk saling mencinta dan setia,ini bermakna kita juga telah berjanji untuk menerima dan saling memahami.Kisah yang lepas kita biarkan,kerana kita bakal menempuh kehidupan yang akan mendatang.

Andai suatu hari nanti kita sah menjadi suami isteri dan kita menerima ujian yang kita sendiri pun tidak pernah terduga dan jauh legi hebat daripada ujian yang kita pernah lalui semasa kita hanya bergelar kekasih,saya harap kita dapat tempuhi bersama.Jangan salinh menunding jari pada masa itu.Saya harap kita akan sentiasa tabah.Percaya bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya.Percaya bahawa setiap ujian tersebut adalah cara untuk mengukuhkan lagi hubungan kita.Semakin kuat perasaan kasih dan sayang kita,semakin kuat juga dugaan yang akan mendatang.

Andai suatu hari nanti kita telah dikurniakan cahaya mata,didiklah mereka dengan segala ilmu di dada.Yang lelaki elok dididik untuk menjadi anak lelaki yang sejati dan mempunyai sifat bertanggungjawab yang tinggi.Yang perempuan pula ajarlah untuk menjaga pernampilan seelok seseorang wanita dan lembut budi pekertinya.Jangan biarkan satu pihak sahaja yang mendidik.Andai kata seorang daripada kita terlupa bahawa tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa,peringatkanlah pasangan kita.Ingat cahaya mata inilah bukti cinta kita.Lambang cinta kita apabila dua hati menjadi satu.Dalam satu hati dan satu jiwa.

Andai kata kita juga bakal tidak dikurniakan cahaya mata,bersabarlah.Jangan pernah berhenti berdoa supaya dikurniakan cahaya mata.Ingat bahawa Tuhan ingin mendidik kita supaya menjadi seorang yang penyabar dan percaya atas semua takdir yang disediakan oleh-Nya.

Andai suatu hari nanti kita sudah tua,dan seorang daripada kita akan pergi dahulu ke tempat yang tidak mungkin akan membenarkannya untuk kembali lagi,sentiasalah kita sedekahkan doa.Jangan khuatir.Cinta saya cuma satu.Untuk awak sahaja.Walaupun ajal yang memisahkan kita.Jangan risau.Akan sentiasa terasa tangan yang membelai dan hangat badannya.

Suatu hari nanti.Saat yang pasti.Apabila seseorang daripada kita turut menturuti langkah itu,berdoalah agar kita dipertemukan sekali lagi walaupun tidak pasti adakah kita berjumpa lagi atau tidak di dunia itu.