DOA:Sejauh mana keikhlasan kita ketika BERDOA?

Saturday, May 31, 2014

Kadang-kadang DOA kita tidak mujarab sebab kita SELFISH.
SELFISH macam mana ye? Ye ke kita selfish? Rasanya tak? Betul?

Kadang-kadang masa kita ada masalah kita fikir hanya kita dan cuma kita sahajalah yang sedang mengalami kesusahan yang teramatttt sangat.
Mana tahu kan ada orang yang lebih memerlukan pertolongan dari TUHAN pada masa itu.
Sebab tu ho saya rasa kadang-kadang DOA saya sendiri tidak termakbul.
Tuhan lebih tahu mana satu doa yang ikhlas.
Sebab itu kalau TUHAN TUNAIKAN permintaan kita ketika kita sangat-sangat memerlukan,jangan lupa berterima kasih.
Bayangkan,berjuta orang berdoa dan meminta,tapi dia TUNAIKAN permintaan kita.
WONDERFUL.

Kalau bukan dari usia muda kita ingat Tuhan dan ingin menjadi orang yang beriman,habis tunggu bila?

Kematian tak kenal usia.Musabah diri.

Status-Status Awesome di FB dan Twitter

Thursday, May 29, 2014

1:Dah jumpa yang SETIA. 
Jaga. 
Pegang kuat kuat. 
Jangan lepaskan. 
Sebab, 
Yang SETIA. 
Cuma 
SATU. Dalam SEJUTA

2:Highland Tower ▶ Rumah Mona Fendy ▶ Penjara
Pudu Lama ▶ Uitm lendu ▶ Lebuhraya Karak ▶
VILLA NABILA
# FAKTA :: Hantu suka melawat Malaysia
"Cuti-Cuti Malaysia Katanya"

3:Nenek : cu , cu tau tak cemane
nak block num handphone
orang ?
Cucu : tak taulah nek. Kenape ?
Nenek : ni haa , ex nenek tak
habis3 mintak get back balik..
Cucu : =,= Ini Semua POYOoo nek

4:Baru putus cinta → drive kereta
→ bosan → buka radio → tetibe
keluar lagu "Jujur lah syg, aku tak
mengapa" → menangis → banjir satu kereta → lemas → mati→ masuk METRO 
Lagu sandiwara cinta Membunuh!!

5:Gduh sikit ngan kapel trus ltak status "Its complicated". Why gaduh ngan parents xltak status "anak yatim piatu" terus?

6:Never lie to someone that trust you. Never trust someone that lied to you.

7:Perempuan senang jatuh hati dengan lelaki yang pandai berkata-kata,sebab itu perempuan selalu tertipu dengan lelaki yang bermulut manis.Lelaki senang jatuh cinta dengan kecantikan perempuan,sebab itu lelaki selalu tertipu dengan rupa paras perempuan.

8:We HATE it when our Best Friend change when they meet someone else .

9:Be careful who you trust,the Devil was once an Angel.

10:One guy can make you hate all the guys,but one man can teach you that not all guys are the same.

11:If a man wants you,nothing can keep him away.If he doesnt wants you,nothing can make him stay-Oprah Winfery.

12:Sentiasa berterima kasih kepada PENIPU walaupun dia kekasih..kawan..EX....atau sapa2 yg anda syg.Kerana anda belajar utk MENYAYANGI mereka walaupun anda sedar mereka telah menyakiti anda.

13:Pasangan kita cari yang lain kdg2 BUKAN SEBAB KELEMAHAN kita.Tapi sebab DIA BUTA utk mnilai cinta awak.Baguslah..xpa..biar dia curang..biar dia cri yg lain.Awak LAYAK dpat yg lbih bgus.

14:Kita hanya minta KEJUJURAN,KASIH SAYANG dan KESETIAAN dlm sesuatu hbngan.Itu pun susah nak dpat.  Ingat,jangan pandang kekurangan seseorang krna dlu kekurangan dia yg mbuat awk jtuh cnta.
# naaa..see..  klau btul syg,org lain sesempurna mana pun xkan buat awk lemah..

15:*Parents marah*

Me: *Diam* 
Parents: "Jangan nak diam, jawab lah orang tanya!"
Me: *Jawab* 
Parents: "Dah pandai menjawab ye sekarang!" -,-

16:Sebelum cari kekurangan / kesalahan orang, kau carilah dulu kekurangan / kesalahan diri kau yang orang tak pernah mengungkit & pertikaikan.

17:Sahabat yang ketawa masa kita tengah ketawa belum tentu dia akan turut menangis masa kita tengah menangis :')

18:Atok : Yang, buatkan abang air teh o.
Nenek : Baiklah, nanti ayang buat air bandung ye . 
Atok : Awak nie dah nyanyok eh ? Saya kan nak air milo.
Nenek : Abang yang nyanyok , tadi kata nak air masak kan? ._.

19:*Dulu*
Budak: "Ayah, saya dapat 5A."
Ayah: "Bagus anakku." *tepuk bahu*

*Sekarang*
Budak: "Ayah saya dapat 1A."
Ayah: "Ok nah iphone 5s"

20:Dalam bas sekolah → Naik bas → Berebut-rebut → Nampak Crush → Terpegang tangan Crush → Balik rumah → Mandi → Pakai plastik kat tangan . 

PUTUS ASA atau JADI YANG TERBAIK

Putus Asa atau Jadi yang Terbaik ???


Hidup ni,kita memang selalu usaha jadi yang terbaik,tapi kadang-kadang bukan benda yang terbaik yang kita dapat.Kita tak boleh halang benda daripada berlaku walaupun kita mengelak.Macam tu juga kita nak lawan masalah,lari dari masalah bukan jalan penyelesaian melainkan kita sendiri ambil risiko dan bertindak.Lakukan apapun sesuatu,cuba untuk lakukan yang terbaik,pilih yang terbaik,doa sehabis baik dan jangan pernah jemu minta Tuhan berikan yang terbaik.Berputus asa lebih teruk daripada kita tak hadapi sesuatu.

Sekarang pilihannya di tangan anda.Sama ada ingin menjadi orang yang mudah berputus asa ataupun menjadi yang terbaik.Walaupun menjadi yang terbaik itu susah,tapi yang penting kita mendapat kepuasan kerana kita berani mencuba.Ataupun ingin menjadi orang yang berputus asa.Ya.Memang mudah tetapi tiada kepuasan dan tiada perubahan yang ada dalam diri anda.

Jangan takut untuk gagal.
Jangan takut untuk kecewa.
Kerana pengalaman yang kita kumpul lebih besar ertinya dari kegagalan dan kekecewaan yang kita sendiri hadapi.

Jangan ingat hanya kita sahaja yang ada masalah.
Jangan ingat hanya kita sahaja yang ada problem.
Ehh~Masalah dan problem bukan sama ke?
Hahaha~

Semua org ada mslh.Tapi apa yg brbeza adlh cra kita handle mslh itu.Ada org punya mslh kecik,tpi dia suka besar2kan mslh itu.Ada org punya mslh bsar tpi dia bjak utk bdiam,meluahkan pda org trtntu dan bjak mnyelesaikannya.Smpai bla nk heboh satu dunia ttg mslh kita ho?Jgn jdi Lembik dan Lemah.Tak payah mnta smpati or ckap dgn smua org.Smkin kerap Melalak dan Menangis sbab mslh kita,smkin org Meluat sbab org tau kita lemah.Nmpak mbgada-ngada sngat.So,why not kita bangkit dan jdi org yg lbih matang.Get it?
# Learn,Move On and They will give you RESPECT.

Tepuk dada tanya selera.
Tanya akal tanya diri.

BE BRAVE !


Antara LAWAK dan PENGAJARAN

Antara LAWAK dan PENGAJARAN


Seorang PENJAHAT ditembak polis dan koma. 
Kemudian dia bermimpi dibawa Malaikat ke 
NERAKA.. 
Tapi dia terkejut kerana di NERAKA orang 
berdisco,
karaoke, minum arak, judi, banyak pula pompuan
seksi2, dan lain2...
Dia cepat2 ingin masuk, tapi ditahan oleh IBLIS
penjaga pintu:
"Tunggu dulu! Waktumu belum tiba... Kembalilah ke dunia, buatlah yang LEBIH JAHAT lagi maka kau pasti akan MASUK NERAKA...!"
Akhirnya dia sedar dari koma dan dia berbuat
LEBIH JAHAT
lalu akhirnya ditembak mati. IBLIS dengan segera menghantarnya ke NERAKA...
Tapi dia terkejut kerana di dalam NERAKA byk api, bau hamis darah, byk binatang berbisa dan byk teriakan meminta pertolongan..
Bingung dan ketakutan PENJAHAT itu berkata, "Aikkk.. Waktu yang lalu NERAKA tidak begini...?" IBLIS tersenyum dan berkata, "Oh, time tu
promosi bro... .. 

<<Sekadar mengingati bahawa iblis itu sentiasa
berusaha supaya kita akan mengikutinya ke
neraka dgn pelbagai cara>>

Sambil kita gelak,sambil kita beringat ;)

PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM


PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM

Hai semua :)


Hari ni sama-sama kita keluarkan aura positif.


Senyum tak perlu kata apa-apa.


Anda blogger lama? Veteran katanya~ Hehe...

Ataupun anda blogger baru macam saya? ;)


Umm~Takpe takpe.Jom sama-sama kita meriahkan 



PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM









Nama saya Fiona Anak Maurice.

Keluarga dan kawan-kawan selalu panggil Nano.

A'aa~Macam nama sweets yang tak berapa nak sweet tu.Nano~Nano~Nano~Nano~Masam manis~

Haha~

Tarikh lahir pada 3 Oktober 1994.Sekarang orangnya berumur 20 tahun.

Berat itu rahsia dan tinggi itu juga rahsia.

Kanapa rahsia? Sebab mempunyai berat yang montel dan ketinggian yang comel :P

Mula menulis di blog semasa berumur 19 tahun.

Bukan merupakan seorang blogger yang aktif TETAPI sedang mencuba untuk menjadi penulis yang aktif dalam alam maya.

Merupakan seorang pelajar lepasan STPM.

Anak ke-4 daripada 6 orang adik-beradik dan walaupun bukan anak bongsu tetapi sifat kemanjaan itu saya yang punya sehingga mengalahkan adik perempuan yang paling bongsu.

Seorang yang sangat suka bercakap,mesra dan cepat bergaul dengan orang lain,FAIL dalam bab marah(haha) dan mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang guru/pensyarah,kaunselor atau ahli politik.

Banyak menghabiskan masa di depan laptop untuk mengikuti perkembangan terkini,aktif di Facebook dan sekrang mencuba untuk aktif di Blogger.




Kenapa saya ingin menyertai pertandingan ini?

Umm~Walaupun baru sahaja ingin bergiat aktif dalam bidang ini,pertandingan ini telah menjadi pembakar semangat saya untuk meluaskan lagi bidang penulisan saya.Kekangan-kekangan sebelum ini seperti tiada sumber internet dan masa tidak lagi menjadi penghalang.

Sementara menunggu untuk mendapat tawaran untuk menlanjutkan pengajian di mana-mana instiutsi pengajian tinggi,saya banyak menghabiskan masa untuk melayari internet.Disinilah terdetik di dalam fikiran saya untuk menjadi seorang blogger :)




Kalau dibandingkan dengan blggoer lain,saya terasa amat rendah diri kerana saya orang baru dan pendedahan serta pengalaman saya dalam bidang ini belum mencukupi.

Namun ini tidak mematahkan semagat saya.

Mengikuti pertandingan ini bukanlah kerana saya ingin memenangi hadiah yang ditawarkan.

Saya menganggap pertandingan ini sebagai satu platform atau batu loncatan untuk saya memajukan diri dalam bidang ini.




Sekiranya anda melayari blog saya di fionamauricefaith.blogspot.com , anda boleh lihat apa yang saya kongsikan adalah kebanyakannya adalah dari pengalaman saya.Saya juga turut berkongsi maklumat-maklumat yang menarik.

Blog saya merupakan satu blog yang santai.Jika anda lihat,saya blog saya,anda akan lihat sebuah blog yang dihiakan dengan ala kadar dan diletakkan music background yang saya suka.

Berusaha untuk berkongsi personal information,pengalaman,ilmu pengetahuan,dan macam-macam lagi.




Teringat perbualan dengan seorang kawan;

A: Saya berusaha untuk menjadi seorang penulis yang baik walaupun sudah mencipta nama,tapi saya masih berusaha menghasikan sebuah karya yang dapat menjadi panduan kepada diri sendiri dan orang lain.




Saya: Betul kata awak.Orang kita ni susah.Nak pegang buku dan membaca adalah satu benda yang sussah untuk masyarakat kita.Tidak semualah yang macam ni.Betul kata orang,ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjadi 'Role Model' yang terbaik kepada anak-anak mereka.Bila mereka dewasa kemudian,perangai ini akan menjadi suatu kebiasaan dan buku boleh dijadikan teman baik mereka.




A: Betul tu.Itulah masyarakat kita.




Saya: Tapi kita tak boleh anggap ini untuk menjadi penghalang dalam menceburi bidang ini.Sekarang sana sini kita lihat orang berkepit dengan telefon pintar,i-pad dan tablet.Kita kena ambil kesempatan dalam kesempitan.Kita gunakan blog dan gunakan segala aplikasi yang ada untuk menarik semula minat mereka untuk membaca :)




Dari sinilah semngat saya untuk menjadi seorang penulis di laman sesawang semakin berkobar-kobar.Semoga kita semua tidak kiralah baru atau lama dalam bidang ini akan sama-sama memeriahkan lagi pertandingan ini.Berikut adalah antara info mengenai pertandingan ini:






TARIKH PENTING:


TARIKH TUTUP PERTANDINGAN: 30 JUN 2014


TARIKH MENGUMUMKAN PEMENANG : ANTARA PERTENGAHAN HINGGA HUJUNG BULAN JULAI

HADIAH UNTUK PEMENANG:

TEMPAT PERTAMA : RM500.00 TUNAI


TEMPAT KEDUA: RM300.00 TUNAI


TEMPAT KETIGA: RM100.00 TUNAI


DAN 10 HADIAH SAGUHATI DISEDIAKAN BERNILAI RM10.00 SETIAP SATU.

Apa tunggu lagi???


Jom sama-sama berkarya untuk diri sendiri dan orang lain.


Semoga keikhlasan kita menulis dapat memberi manfaat kepada semua disamping melakukan perkara yang berfaedah masa cuti ni.

Jangan lepaskan peluang terutamanya kepada mereka yang mempunyai BAKAT dalam bidang ini!



Have a nice day and May God Bless You :)


Mangkatnya DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Wednesday, May 28, 2014

Selamat malam.Seluruh Malaysia gempar dengan kematian

DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah .



Beliau banyak memberi sumbangan kepada negeri Perak.Bafi menghormati beliau,program-program penting ditangguhkan termasuk kempen untuk Pilihan Raya Kecil di sana.Sekali lagi takziah kepada keluarga.

Jom Gelk! Lawak Samy Vellu.

Jom Gelak~


Stress? Tension? Read this! You will LOL-ing until you cry~Sangat lawak!Hahahaha 
Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun.Malaysian Insider ada ceritanya, di sini.Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Hari ni pos, semalam sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari” )

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu.
Bagi mereka yang hari nya stressful.. hehehe copy paste.

Pengalaman Temuduga Kaunseling:UM dan ujian MEdSI

Monday, May 26, 2014

Pengalaman Temuduga Kaunseling:UM dan MEdSI


Hai semua.
Cuti sekolah dah nak bermula dah. Saya pula? Sebagai seorang budak lepasan STPM, nak keje pula 'macam malas je~macam malas je' bak kata Syasya Solero~ Setelah terbulan-bulan lamanya duduk rumah tak buat apa-apa,akhirnya masa yang ditunggu dah tiba.Bulan 5 masa untuk temuduga untuk kelayakan kemasukan ke Universiti pulak.Syukur dipanggil untuk Interview(iv) Program Pendidikan:Kaunseling untuk Universiti Malaya(UM) dan dapat exam MEdSI.

22/05/2014:
Bermulanya peristiwa bersejarah yang pertama untuk saya kerana naik kapal terbang sorang-sorang.Sebelum ni memang pernah naik kapal terbang.Tapi selalunya ada yang temankan.Dulu-dulu selalu naik kapal terbang dengan team bahas.Dengan cikgunya yang handle lepas itu ada kawan-kawan memang tak terasa takut sangatlah sebab banyak yang ikut sama kan.Haa~Yang ni pula,cuak habis!Bukan takut sebab peristiwa MH370,tapi takut benda lain.Mana tau nanti terlepas flight ke,kalau tak pun x alert dengan pengumuman yang dibuat kat airport ke.Naya lah kalau camtu.Ayah pula xboleh nak temankan sebab ada masalah lain.Nak tak nak,terpaksalah naik sorang diri.Akhirnya,selamat juga sampai kat Kuching.

Perjalanan dari Sibu ke Kuching yang hanya mengambil masa 30 minit berjalan dengan selamat.Lepas tu ikut je orang-orang yang jalan kat depan tu.Haha..Nasib baiklah jalannya takde lah complicated mana pun.Lepastu duduk sorang-sorang dalam airport tunggu uncle ambik.Lepas dia ambik,pegi makan-makan dengan family uncle then terus balik rumah.Tak larat dah.Rasa mengantuk.Tidur sampai ke petang.Malamnya pulak standby untuk ujian kelayakan and iv pada 24/05/2014

23/05/2014:
Awal-awal pagi dah kena bangun.Ye lah,nak pegi exam kelayakan kan? So kena lah standby awal-awal even takde benda pun nak dibaca.Tapi ambik juga peluang untuk belajar sikit-sikit asal kaunseling ni. Nasib baiklah ada print out nota-nota dalam laptop hasil carian dengan Mr.Google.Dapat juga baca nota-nota tu.Sampai je kat Hotel Merdeka Palace,terus pegi tingkat 2,then bila jam dah 8.30 a.m terus masuk bilik and ambik exam.

Soalannya pulak saya pernah jawab dulu masa saya Tingkatan 6 Rendah.Ye lah,dulu saya student Sains,sebab tak pandai sangat and tak nak ambik risiko sekaligus tak berani nak musnahkan lagi masa depan,saya minta dipindahkan ke kelas sastera.Masa ni lah saya pernah jawab exam ni.Jawab dengan tenang,tunggu sampai 9.30 a.m then keluar dari bilik exam.Lepastu jalan-jalan dengan ex-classmate masa kat Plaza Merdeka Mall.Nasib baiklah ada kenal denganperempuan yang asal dari Kuching.Dapat juga dia bawa jalan-jalan.Ye lah,nak jadi Kaunselor,kenalah perama :P Masa jalan-jalan tu,terniat nak cek fon,masa cek fon tengok ada dapat 3 mesej.
Pertama dari kawan:dia ucap good luck untuk exam.
Kedua dari Maxis:Dia tarik RM3.50 sebab pinjam kat dia.Ye la,lepas pinjam duit orang,takkan senang-senang tak nak bayar kan?
Ketiga dari UPSI:What???! Dari UPSI??? Terus buka mesej ni dulu.Rupa-rupanya dorang nak umumkan yang saya berjaya untuk mengikuti ujian MEdSI.

Hahhh! Apa lagi,teruslah gementar.Tengok tarik sepatutnya saya exam 23/05/2014.Ye! Tarikh yang sama saya ambik exam kelayakan tadi.Hari yang sama cuma jam berbeza.Saya tengok jam dia cakap saya kena ambik exam pukul 9.Alamak! Ni dah pukul 10 lebih dah.UPSI hantar mesej pun dalam pukul 10.14 a.m.Saya cek semalam dia cakap saya tak dapat,so saya tak de lah simpan harapan yang tinggi.Last-last dia cakap saya dapat pulak.Aduh! Macam mana ni. Then terus kol UPSI,cerita punya cerita,semabng punya sembang,last-last saya boleh ambik exam pada 24/05/2014.Ambik exam pada pukul 9.00 a.m. Fuhh! Lega lah sikit.Dah lah esoknya pulak ada iv Kaunseling(UM).

Tak pe je lah.Demi cita-cita dan demi masa depan,saya sanggup juga nak ambik exam. Peluang depan mata,tak kan nak lepaskan.Ye tak?

24/05/2014:
Pagi ni bangun awal lagi.Baca nota Kaunseling lepastu baca buku MEdSI yang saya beli semalam masa saya jalan-jalan kat Plaza Merdeka Mall.Sekurang-kurangnya saya terdedahlah juga dengan MEdSI ni secara tepat daripada baca kajian dekat blog.Sampai UITM Samarahan Kuching Kampus 2 pada pukul 8 lebih,terus pergi makmal 4 then ambik exam.Masa jawab exam tu,serius je muka.Baca-baca soalan kan.Ada

4 bahagian:

1: Personaliti
2:Minat
3:Integriti
4:Emosi

Tersenyum-senyum baca soalannya.Ye lah,dia tanya kita pernah tak jatuh cinta.Lepastu siap tanya pernah tak kita cemburu melihat pasangan kita bermesraan dengan orang lain.Mestilah jawab 'Ya' kan.Yang penyemak ni dia nak uji kita JUJUR ke tak masa kita jawab exam tu.Itu apa yang saya baca kat dalam buku MEdSI tu lah.Kalau tipu,dia tahu sebab dorang pun manusia juga.Habis exam selama 1 jam 10 minit,semua dibenarkan keluar.Saya dah siap awal,cuma malas nak keluar awal.Nak duduk dalam bilik aircond,pastu semak-semak soalan yang ada kan :P

Muka dah habis exam MEdSI

Balik,makan,then turun balik pergi Hotel Merdeka Palace.Sampai je kat sana,tengok banyak budak-budak yang ikut iv.Ada yang sembang-sembang pastu ada yang baca nota.Perghhh~! Takut gila baq hang! Hahaha..Lepastu saya pun gunalah peluang untuk baca nota.

Masa temuduga,kita semua dibahagikan ikut Fakulti.Lain fakulti,lain lah panel yang menemuduga kita.Masa iv,perghhhh~ Soalan dia memang mantap. Masa mula-mula masuk tu dia suruh duduk,lepastu tanya nama.Lepas tanya nama dia tanya berasal dari mana.Lepastu dia tanya apa yang saya apply kat borang UPU.Saya pun bagitau lah saya ambik UPM:Pengajian Bahasa Melayu(Pendidikan), UM:Kaunseling(Pendidikan), UKM:Sains Politik,dan...STOP! Dia pun cakap lah, "Banyak betul bidang yang awak minat." Saya pun jawab lah yang saya memang minat semua yang saya apply tu,dan saya bukan apply hanya untuk mencuba nasib.

Lepastu dia tanyalah kenapa berminat dengan Kaunseling,dia tanya pa yang saya tahu pasal Kaunseling,apa Etika kaunseling(part ni saya main gorang..Tak tahulah gorang elok0elok atau gorang sampai hangus),dia tanyalah ayah dan emak kerja apa,lepas dia tau emak ni Cikgu Tadikan,dia pun tanya kenapa tak ambik Pendidikan Awal Kanak-kanak,saya pun jawablah.Lapstu puas dia psiko saya kat situ,dia bagi saya satu situasi.Dia suruh saya jawab,dari situasi pertama,dia kembangkan kepada situasi kedua.Hahhh~Ni makin banyak ni.Apa lagi jawab je lah.Bla bla bla,tamatlah iv.

Keluar je dari situ,terus tanya kawan-kawan yang dah iv,lepastu...Amboi! Soalan dorang senang-senang,panel tanya pasal kampung halaman,seronok tak kampung,apa keistimewaan kampung dorang.Ini tidak adil tidak adil tidak adil bagiku kata Yuna.Dah kenapa saya sorang dia tanya soalan serius camtu sekali. -_- Sungguh tidak menyeronokkan :3 Takpe lah.Lain orang,lain lah benda yang panel nak tanya kan.

Antara soalan yang ditanya:

1: Nama, asal dari mana, anak ke berapa & senarai U yang diminta.
2: Apa yang anda tahu pasal kaunseling?
3: Kenapa berminat untuk ambil kos ni?
4: Apa Etika Kaunseling?
5: Bagaimana jika ada orang tua yang tak de tempat duduk dalam bas,adakah anda sudi memberi tempat duduk?
6: Bagaimana pula sekiranya orang muda pula yang tak de tempat duduk,adakah anda masih sudi untuk memberikan tempat duduk anda kepada beliau?
7: Bagaimana kalau kami offer kos lain kepada anda dan bukan kos ini?
8: Adakah anda sanggup menerima kos lain ataupun anda tidak akan mendapat kos kaunseling di UM?
*Itu adalah soalan-soalan yang ditanyakan kepada saya.Tidak mudah dan agak mencabar kerana soalan yang diberikan agak bertalu-talu :P *

Lepas habis semua tu,saya Doa kepada Tuhan,minta saya dan kawan-kawan supaya layak untuk belajar kat UM.Down tu memang saya rasa down sebab soalan saya teruk habis.Tapi,takpelah.Kena fikir positif kan? Nak ambik kaunseling kenalah selalu bagi aura positif tu kat orang lain.Hehe..Tak pe,masa iv dah cuba yang terbaik,sekarang tinggal untuk berdoa agar Tuhan beri yang terbaik untuk kita.

25/05/2014:
Akhirnya balik semula ke Sibu.Tak terasa 30 minit dalam kapal terbang. :)


#Banyak pengalaman yang saya kumpul.Banyak kenal-kenal dengan orang lain :) Seronok.Ada lagi kes yang teruk dari saya.Sanggup pergi Kuching walaupun perjalanan ambik masa 14jam sebab nak belajar sampai menara gading dan nak kejar cita-cita.Ada yang bawa lugage lah.Bawa beg banyak-banyak sebab sampai kat Kuching terus pergi pusat temuduga. Terharu tengok pengorbanan masing-masing.Semoga pengorbanan kita,usaha kita,dan penat lelah kita membuahkan hasil yang baik.Sentiasa berdoa untuk diri sendiri dan orang lain agar layak masuk U.

God bless :)