"Stop Racism"lah People

Monday, June 30, 2014


Hai semua.

Hari ni nak buat satu entri yang sangat simple iaitu*jeng jeng jeng* 
"Stop Racism".

Kenapa buat entri ni?
Sejak kebelakangan ini semakin menular gejala-gejala yang cuba untuk menanam sifat perkauman dalam kalangan masyarakat kita.
Menjadi penduduk negara Malaysia yang sememangnya terkenal dengan rakyatnya yang multi-etnik,sewajarnya kita menyemai sifat untuk tidak membenci antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat kita sendiri.
Seboleh-bolehnya janganlah kita menyentuh soal bangsa,agama,adat resam dan budaya individu lain walaupun kita tidak sependapat dengan cara mereka.

Jangan tak tahu pula,"Hentikan Perkauman" pun ada tarikh sambutannya sendiri tahu."International Day For The Elimination Of Racial Diskriminasi" ini disambut pada 21 Mac setiap tahun.


Mesti ramai yang tak tahu kan?


"How do we stop racism? STOP TALKING ABOUT IT"-Morgan Freeman


Deep.Very deep.



Mr.Panda pun pandai.



Ini sahaja untuk entri kali ini.Semoga negara kita tetap aman dan makmur.Semoga entri yang singkat ini mampu memberi kesedaran kepada kita.





Era Manusia Kekurangan Kasih Sayang?

Friday, June 27, 2014


Renungan Bersama :)




Buat baik kena kutuk.Buat jahat lagilah kena kutuk.Buat itu orang pun kutuk.Buat ini pun kena kutuk jugak?Tak buat apa-apa pun kena kutuk.

Kenapa mungutuk? Benci tengok kehidupan orang lain?Tak suka tengok orang lain.Inilah penyakit 'Kurang Kasih Sayang'.Apa orang buat semua nak kutuk.

Saya tak hairan kenapa dalam Bible Tuhan sangat tekankan umatnya supaya sentiasa menyayangi dan memaafkan antara satu sama lain.Saya ambil petikan dari Bible : 
1 Corinthians 13:13 But now faith, hope, love, abide these three; but the greatest of these is love .



Kenapa mesti LOVE? Dan Kenapa bukan FAITH & HOPE ?

Kita renungkan:
Mempunyai iman yang kuat memang tidak salah.Mempunya harapan tinggi juga tidak salah.Menyayangi orang lain juga tidak salah.

Warak sekalipun kita dalam agama,jangan jadikan itu sebagai jalan untuk kita MENILAI orang lain.Seelok-eloknya tegurlah jika orang lain berbuat silap.Menegur pula biarlah bersopan.Menegur secara terang-terangan itu memalukan orang,tetapi jika betul niat kita hendak menegur orang lain,tegurlah di antara kamu dan dia.Memestinynilai orang lain itu biar Tuhan yang lakukan.Apa yang kita lakukan tak sea selalu betul dan apa yang orang lain buat tak semestinya selalu salah.Jangan sampai sifat warak menjadikan kita RIAK.

Tuhan itu lebih mengetahui apa yang terjadi pada masa depan.Tak guna juga kalau jadi manusia yang kuat imannya tetapi akhirnya menjadikan kita seorang yang Riak dan sentiasa menghakimi orang lain sebab kita rasa iman kita lebih tinggi dari orang lain.Akhirnya,semua amalam yang kita lakukan menjadi tidak berkat.Iman yang tinggi kalau kita suka JUDGE orang dan sentiasa rasa diri sendiri bagus/betul pun tak guna juga kan??



Apabila kita menjadi seseorang yang penyayang,kita akan menyayangi pencipta kita sendiri,orang lain tidak kira mereka seagama ataupun tidak dan juga menyayangi musuh kita.Dengan adanya perasaan kasih,kita lebih senang untuk menjadi seorang yang pemaaf.Dengan mempunyai perasaan Kasih terhadap Tuhan,secara tidak langsung akan menjadikan kita orang yang Beriman dan sentiasa mempunyai Pengharapan kepada Tuhan.Hallelujah! 

Kalau zaman sekarang,Cemburu dianggap Sayang.Marah dianggap SAYANG.Ini sangat berbeza dengan apa yang terdapat di dalam Bible. 1 Corinthians 13:4 : Love is patient, love is kind and is not jealous; love does not brag and is not arrogant. 


So,tepuk dada tanya selera.Jadikan diri kita seorang yang penyayang.

#SpreadTheLove 



Wajah Baru Blog Saya

Fuh fuh fuhh~
Semalam satu hari dari pagi sampai ke petang update blog.Kononnya nak kasi kaw kaw gituu~
Nak baca tutorial orang lain rasa macam susah pulak.Poning kepala den nak membacanya.

Saya ni suka blog yang simple je.Tak padat sangat.Tapi saya suka background belakang dia hitam,lepas tu colourful-coulourful gitu~ Tambah bling-bling sikit. :P Mata aku pun dah nak bling-bling dah.

Benda yang buat aku bertungkus.lumus adalah nak buat header dia tu.Header kenalah nampak lawa.Kena cantik menarik tertarik kau memang da bomb.Produk D'Herbs,TERLAJAK LARISSS~Tiba-tiba pulak.

Edit punya edit punya edit punya edit punya edit*Hay~Berapa kali nak edit lah*,akhirnya dapat jugak hasil yang macam ni :

Klik untuk besarkan gambar.

Lepas tu entah mengapa tiba-tiba rasa menyampah tengok muka saya sendiri kat penjuru kanan bawah tu.Lepas tu edit balik.Mula lah sesit edit balik.Edit edit dan edit sampailah terhasilah yang ini:

Klik untuk besarkan gambar.

Haa~Puas hati den.Dengan katun perempuan tu.Dengan permata-permatanya gitu~Fuh fuh fuhh.Okaylah tu.Tak de lah cantik sangat.Muahaha~

Lepas tu yang ini jugak satu hal.Nak buat kota Menu tu.Edit punya edit punya edit lagi,last-last terhasilah Box macam ni:


Klik untuk besarkan gambar.

Klik untuk besarkan gambar.

Klik untuk besarkan gambar.

Hah.Selesai.Beres beres.Semuanya beres kok pak.Pokoknya gue capek tapi pokok enggak capek,gue yang capek :P Selesai lah sudah.Dengan background warna hitam lepas tu yang lain-lain warna warni,okay puas hati patik ya.

Ni sahaja kot entri kali ni.Pasal aku berpenat lelah dan berperah otak macam mana nak edit Blog aku.Haha.Ye la,nama tajuk entri pun dah "Wajah baru blog saya".Tak kan nak cerita pasal saya pergi tangkap ikan jerung pulak~Ape daa~Sekian.Bye.

Have a nice day and God bless you ^^,



Hal Pengajaran Yang Sesat (Injil Matius 7:15-23)

Thursday, June 26, 2014

Matius 7:15-23 = Hal pengajaran yang sesat
(Luk 11:9-13)




(15) Waspadalah terhadap nabi-nabi palsu yang datang kepadamu dengan menyamar seperti domba, tetapi sesungguhnya mereka adalah serigala yang buas.
(15) Beware of false prophets, who come to you dressed as sheep, but inside they are devouring wolves.


(16) Dari buahnyalah kamu akan mengenal mereka. Dapatkah orang memetik buah anggur dari semak duri atau buah ara dari rumput duri?
(16) You will fully recognize them by their fruits. Do people pick grapes from thorns, or figs from thistles?

(17) Demikianlah setiap pohon yang baik menghasilkan buah yang baik, sedang pohon yang tidak baik menghasilkan buah yang tidak baik.
(17) Even so, every healthy (sound) tree bears good fruit [ worthy of admiration], but the sickly (decaying, worthless) tree bears bad (worthless) fruit.

(18) Tidak mungkin pohon yang baik itu menghasilkan buah yang tidak baik, ataupun pohon yang tidak baik itu menghasilkan buah yang baik.
(18) A good (healthy) tree cannot bear bad (worthless) fruit, nor can a bad (diseased) tree bear excellent fruit [worthy of admiration].

(19) Dan setiap pohon yang tidak menghasilkan buah yang baik, pasti ditebang dan dibuang ke dalam api.
(19) Every tree that does not bear good fruit is cut down and cast into the fire.

(20) Jadi dari buahnyalah kamu akan mengenal mereka.
(20) Therefore, you will fully know them by their fruits.

(21) Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga.
(21) Not everyone who says to Me, Lord, Lord, will enter the kingdom of heaven, but he who does the will of My Father Who is in heaven.

(22) Pada hari terakhir banyak orang akan berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan, bukankah kami bernubuat demi nama-Mu, dan mengusir setan demi nama-Mu, dan mengadakan banyak mujizat demi nama-Mu juga?
(22) Many will say to Me on that day, Lord, Lord, have we not prophesied in Your name and driven out demons in Your name and done many mighty works in Your name?

(23) Pada waktu itulah Aku akan berterus terang kepada mereka dan berkata: Aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari pada-Ku, kamu sekalian pembuat kejahatan!"
(23) And then I will say to them openly (publicly), I never knew you; depart from Me, you who act wickedly [disregarding My commands].



Hal Menghakimi (Injil Matius 7:1-5)

Wednesday, June 25, 2014

Matius 7:1-5 = Hal menghakimi (Terjemahan Baru&English)
(Luk 6:37-38,41-42)


(1) Jangan kamu menghakimi, supaya kamu tidak dihakimi.
(1) DO NOT judge and criticize and condemn others, so that you may not be judged and criticized and condemned yourselves.

(2) Karena dengan penghakiman yang kamu pakai untuk menghakimi, kamu akan dihakimi dan ukuran yang kamu pakai untuk mengukur, akan diukurkan kepadamu.
(2) For just as you judge and criticize and condemn others, you will be judged and criticized and condemned, and in accordance with the measure you [use to] deal out to others, it will be dealt out again to you.

(3) Mengapakah engkau melihat selumbar di mata saudaramu, sedangkan balok di dalam matamu tidak engkau ketahui?
(3) Why do you stare from without at the very small particle that is in your brother's eye but do not become aware of and consider the beam of timber that is in your own eye?

(4) Bagaimanakah engkau dapat berkata kepada saudaramu: Biarlah aku mengeluarkan selumbar itu dari matamu, padahal ada balok di dalam matamu.
(4) Or how can you say to your brother, Let me get the tiny particle out of your eye, when there is the beam of timber in your own eye?

(5) Hai orang munafik, keluarkanlah dahulu balok dari matamu, maka engkau akan melihat dengan jelas untuk mengeluarkan selumbar itu dari mata saudaramu."
(5) You hypocrite, first get the beam of timber out of your own eye, and then you will see clearly to take the tiny particle out of your brother's eye.

P/s: Semoga menjadi panduan kita untuk tidak cepat menghakimi orang lain :)

Pengalaman Temuduga Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama UPM

Wednesday, June 18, 2014

Pengalaman Temuduga Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama ( UPM).

18-06-2014 : Kali ini nak share-share dan story mory sikit pasal pengalaman temuduga Bahasa Melayu untuk Universiti Putra Malaysia (UPM). Semoga boleh membantu sahabat-sahabat dan adik-adik yang lain yang bakal menduduki temuduga selepas ini.

Bertolak dari Kanowit lebih kurang pukul 6:30 a.m . Kemudian tiba di pusat temuduga iaitu di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu(UPMKB) pada pukul 10:43 a.m . Ye.Mengambil masa lebih kurang 4 jam macam tu. Kena bertolak awak-awal sebab nak tengok UPMKB dulu. Nak survey-survey :P Nak tengok kat mana tempat temuduga takut tersilap. Sepatutnya saya akan ditemuduga pada pukul 2:00 p.m . Tapi ayah bawa pergi tengok UPMKB dulu takut nanti tersesat pula.


Sampai kat Bintulu terus SELFIE sebab takut nanti tak sempat nak selfie sebab kecut perut :P

Makan tengah hari dekat McD, kemudian balik lagi pergi ke UPMKB.Tunggu sampai jam pukul 2:00 p.m. Syukur jumpa sahabat baru yang ramah tamah ibarat sedang meraikan majlis ramah tamah.Takut woo~ Muka semua ketat-ketat. Terutamanya saya. Kalau bab temuduga ni memang sayalah yang SANGAT BERANI~ Kemudian nama kami dipanggil mengikut susunan temuduga nanti.Syukur sangat dapat jadi orang yang kedua yang bakal ditemuduga. Lagi awal habis, lagi cepat rileks dan lagi cepat balik.

Tunggu kawan yang pertama habis ditemuduga, amboi~ Bukan main lama. Peserta bilik sebelah dah dua orang dah lepas tapi dia belum keluar lagi. Mana tak tambah kecut perut. Kemudian dia keluar dan terus cerita panel yang seorang tu serius sangat. Dia hentam habis-habis kawan yang sorang tu. Syok-syok dengar dia bercerita, kat dalam hati ni tak habis-habis berdoa biar segala urusan dipermudahkan. Tak lama kemudia nama saya dipanggil.

Tok! Tok! Tok!
"Selamat petang encik(dua2 panel tersebut adalah lelaki)."

Kemudian saya serahkan fail dekat dorang dan dipersilakan duduk di kerusi yang disediakan.

Baru je dah habis duduk dia suruh perkenalkan diri(cakap dalam English).Tapi saya cakap dalam BM,kemudian dia suruh cakap dalam English.Sya perkenalkanlah diri saya seperti berikut:

1: Nama , bekas pelajar dari sekolah mana , keputusan STPM & pointer , hobi , jawatan yang disandang semasa di sekolah & penglibatan saya semasa di sekolah.

Saya semasa berada di sekolah sangat aktif dalam bidang perbahasan(terutamanya),pidato,forum,bola jaring dan juga hoki(terima kasih kepada semua guru-guru yang menjadikan saya pelajar yang aktif di luar kelas).

Kemudian,dipendekkan cerita,ini antara soalan yang ditanya dan jawapan yang saya bagi:

2: Apa nama program yang awak minta di UPM?
= Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama(Ini wajib ingat.Kalau tak nanti kena sindir macam saya pulak sebab saya salah jawab masa awal-awal dia tanya saya.Hehe).

3: Dalam bidang perbahasan,apakah percapaian tertinggi awak?
= Saya pernah sampai ke peringkat kebangsaan.

4: Wakil Sarawak? Betanding di mana je?
= Saya mula menceburi perbahasan(Bahas Bahasa Melayu Ala Perlimen) semasa berada di Tingkatan 1.
   Semasa di Tingkatan 1, saya mewakili negeri Sarawak di Melaka.Semasa di Tingkatan 2 pula pertandingan dijalankan di Sabah dan Tingkatan 3 mewakili Sarawak di Kelantan. Semasa berada di Tingkatan 4, sekolah saya terkandas dalam peringkat negeri. Semasa berada di Tingkatan 5 pula saya tidak menyertai perbahasan lagi disebabkan saya berpindah ke sekolah lain.

5: Awak tak ingat nama pengajian yang awak minta awal-awal tadi.Entah-entah awak main hentam je masa pilih.Apa maksud UPM sebenarnya?
= Universiti Putra Malaysia.

6: Kenapa awak berminat untuk belajar di UPM?
= Salah satu faktor saya ingin belajar disini adalah disebabkan UPM merupakan antara satu Unversiti Penyelidikan(Research University/RU) . Ini bermakna universiti ini merupakan universiti awam yang telah diiktiraf terutamanya untuk melakukan penyelidikan dan pendidikan(hentam saja ayat sebab ingat-ingat lupa). Dan ini bermakna UPM mempunyai pensyarah yang berkualiti disebabkan pensyarah yang berkualiti merupakan salah satu ciri-ciri yang diperlukan bagi sesebuah U untuk diiktirah sebagai RU.Menurut bacaan saya dari sebuah blog kelab BM di UPM, UPM merupakan institusi terawal yang menawarkan program pendidikan BM.

7: Apa yang awak akan belajar semasa di UPM?
= Maaf saya tidak tahu(Lepas tu dia cakaplah sekurang-kurangnya kena tahu.Nanti awak akan belajar buat sajak,bersyair dan macam-macam lagi).*saya angguk-angguk je :) Hehe~

8: Awak boleh bersyair? Sajak? Bahas? Pidato? Pantun? Sebab nak belajar dalam pengajian ini kena tahu semua tu.
= Boleh.Saya pernah terlibat dengan semua itu semasa di sekolah.

9: Saya tak nak dengar awak cakap je.Kalau boleh buktikan.Pilih mana-mana yang awak suka.
= Kalau macam itu saya pilih untuk berbahasa(Saya tunjuk sikit apa yang saya masih hafal..hehe..nasib baik boleh ingat sikit).

10: Awak boleh bersyair?
= Boleh lah jugak.

11: Mana boleh cakap macam tu. Kalau tak boleh cakap tak boleh.Kalau boleh terus saja bersyair.
= Tapi saya takde skrip encik.
"Kenalah spontan.Nak jadi guru bahasa kena pandai spontan semua tu".
"Okay.Saya cuba."
*Saya terus bersyair sambil penemuduga memejamkan mata.Mungking dia nak dengar betul ke tak intonasi saya kot.Saya main bedal je buat ayat.Boleh tu memang boleh cuma kurang gramatis lah.Heheh*

12: Okay.Awak asal mana? Orang Iban kan? Duduk kat rumah panjang ke?
= Saya berasal dari Nanga Tada,Kanowit.Ye encik.Saya berbangsa Iban.Saya tak duduk kat rumah panjang.Pakai alamat rumah panjang,tapi dududk rumah sendiri.umah sebuah.

13: Sekolah rendah awak kat mana? Sekolah menengah kat mana?
= Saya bersekolah rendah di SK Nanga Tada kemudian semasa di sekolah menengah saya belajar di SMK Rosli Dhoby dari Tingkata 1 hingga Tingkatan 4.

14: Kenapa nama sekolah awak SMK Rosli Dhoby? Apa yang istimewa sangat Rosli Dhoby tu? Apa pengorbanan dia dan makna dia untuk sekolah awak?
= Selepas kematian Rosli Dhoby, nama sekolah saya diambil sempena dengan nama beliau. Beliau merupakan salah seorang pahlawan yang terkenal di Sarawak terutamanya di Sibu.Beliau telah membunuh Sir Duncan Stewart semasa lawatannya ke Sibu untuk membebaskan Sarawak dari cengkaman penjajah.Kemudian beliau telah dihukum gantung sehingga mati bersama dengan rakan-rakannya yang lain.Sebab itu pengorbanan beliau harus diingati dan membawa erti yang sangat besar.

Dengan soalan-soalan yang tak henti,maka tamatlah sesi temuduga saya.Pada awalnya panel agak garan kemudian bila dah nak habis iv, kami sempat ketawa sekejap.Akhir sekali saya test untuk ujian warna.Ucap terima kasih dan keluar.Sampai kat luar terus pot pet pot pet dengan kawan-kawan yang tunggu akt luar.Kongsi-kongsi soalan yang ditanya.Then terus chow ke Kanowit :)

# Saya harap entri kali ini boleh membantu sahabat-sahabat yang lain yang bakal ditemuduga. Doa tu kena banyak sikit. Mudah-mudahan impian nak jadi cikgu BM tercapai. Diharapkan boleh membantu. :)

(Jom gelak)Handphone Mual,Bunting dan sebagainya? Kenapa?

Wednesday, June 11, 2014

[1]. Jangan menggoyang-goyangkan HP semasa signal lemah atau tiada.
Hal ini akan membuat si HP pening & mual..

[2]. Jangan charge HP anda terlalu lama (setelah bateri sudah full) Hal ini
akan membuat bateri anda bunting/ melembung.. Jika itu terjadi, belum
tentu anda mahu bertanggungjawab & sanggup menikahinya..

[3]. Jangan terlalu sering bermain game di HP.. Cubalah serius
dengannya. Di dunia ini tidak ada yg mahu dipermainkan..seperti anda
juga..

[4]. Jangan terlalu kuat memicit keypad atau skrin sesentuh HP anda. Jika
ini berlaku, HP anda akan mengalami cirit-birit lalu tercirit..

[5]. Cucilah HP anda seminggu sekali agar bersih dari noda, bau & virus.
Bayangkan jika anda tidak mandi seminggu.. Begitu juga dengan HP
anda..

[6]. Pakaikan baju / jaket yang tebal pada HP anda. Hal ini akan membuat
HP anda berasa lebih nyaman dan selesa serta tahan masuk angin..

[7]. Jangan terlalu sering mengisi topup kredit yang murah (RM5). Hal ini
akan membuat HP anda berasa rendah diri. Semakin mahal semakin
tinggi harga dirinya..

[8]. Gunakan Facebook bersubsidi (0.facebook).. Hal ini akan
menjimatkan kredit HP anda..

[9]. Jangan penuhi HP anda dengan sms dari skandal atau pasangan
curang anda. Jika kantoi, maka akan melayanglah nyawa HP anda
(mungkin nyawa anda juga turut melayang).

[10]. Jika anda sedang stress, lemparlah HP pada tempat yang empuk /
lembut. Hal ini akan mengelakkan HP anda dari patah hati/tulang
belakang... 

Setiap Orang Ada Masalah:Ini salah,Itu salah.

Tuesday, June 10, 2014

Setiap orang punya masalah  ...

Yang cantik kalau peramah dianggap gatal.
Kalau sombong dianggap kurang ajar.

Yang tak cantik kalau bermake-up dianggap perasan.
Kalau tak bermake-up muka dianggap macam haiwan.

Yang handsome kalau baik hati ada yang cemburu.
Kalau buat jahat dianggap muka hensem perangai setan nombor satu.

Yang tak handsome kalau rajin dianggap minta puji.
Kalau tak rajin dihina dah lah pemalas muka macam bontot kuali.

Yang tinggi kalau berjalan angin kencang macam nak tumbang.
Kalau tak berjalan takkan nak terbang macam kumbang.

Yang pendek kalau mereka lihat kata kurang kalsium.
Kalau nak tau cuma tingginya yang itulah yang maksimum.

Yang gemok kalau bersenam dia diejek.
Kalau tak bersenam diakata no wonder size besar muka bertempek.

Yang kurus kalau makan banyak dikata dalam perut banyak cacing.
Kalau makan sikit dikata banyak no wonder lah kurus kering.

Yang kesemuanya diatas,
Kalau manusia tak suka menghina,
Kalau manusia tak suka mengadili,
Kalau manusia tak suka mengutuk,
Maka tak wujudlah yang diatas.

Tepuk dada tanya selera.

Monday, June 2, 2014

Cantik orang kutuk.Pandai orang kutuk.Edit gambar orang kutuk.Kaya orang kutuk.Dapat kerja orang kutuk.Muka buruk orang kutuk.Tak pandai orang kutuk.Tak pandai edit gambar orang kutuk.Miskin orang kutuk.Tak da kerja orang kutuk.

Manusia zaman sekarang memang kekurangan Kasih Sayang.Apa orang buat semua nak kutuk.Sebab tu kalau dalam Bible Tuhan sangat tekankan umatnya supaya sentiasa menyayangi dan memaafkan antara satu sama lain.Saya ambil petikan dari Bible : 1 Corinthians 13:13 But now faith, hope, love, abide these three; but the greatest of these is love .

Banyak orang mempersoalkan agama Kristian tidak mengutamakn agama dan ajaran yang salah sebab petikan tersebut.Tuhan itu lebih mengetahui apa yang terjadi pada masa depan.Tak guna juga kalau jadi manusia yang kuat imannya tetapi akhirnya menjadikan kita seorang yang Riak dan sentiasa menghakimi orang lain sebab kita rasa iman kita lebih tinggi dari orang lain.Akhirnya,semua amalam yang kita lakukan menjadi tidak berkat.Iman yang tinggi kalau kita suka JUDGE orang dan sentiasa diri sendiri bagus pun tak guna juga kan??

Apabila kita menjadi seseorang yang penyayang,kita akan menyayangi pencipta kita sendiri,orang lain tidak kira mereka seagama ataupun tidak dan juga menyayangi musuh kita.Dengan adanya perasaan kasih,kita lebih senang untuk menjadi seorang yang pemaaf.Dengan mempunyai perasaan Kasih terhadap Tuhan,secara tidak langsung akan menjadikan kita orang yang Beriman dan sentiasa mempunyai Pengharapan kepada Tuhan.Hallelujah!

Kalau zaman sekarang,Cemburu dianggap Sayang.Marah dianggap SAYANG.Ini sangat berbeza dengan ajaran di dalam Bible. 1 Corinthians 13:4 : Love is patient, love is kind and is not jealous; love does not brag and is not arrogant.

So,tepuk dada tanya selera.Jadikan diri kita seorang yang penyayang.

#SpreadTheLove

Bila kita diatas,Ingat yang dibawah.

Sunday, June 1, 2014

Jangan rasa kita tinggi,kita memandang rendah orang lain.Jangan rasa kita besar,kita tolak orang yang kecil.Jangan rasa kita majikan,kita dera pekerja.Jangan rasa kita punya pangkat,kita hina orang biasa.Suatu hari kita akan dapat balasan.Mungkin bukan kita yang kena,tapi anak cucu kita.Sebelum bertindak,kita berfikir.Jangan sekarang gembira,tetapi generasi kita yang terkena atas perbuatan silam kita.Jangan bersorak di belakang orang lain atas kesusahan mereka.Suatu hari nanti,ada masa kita juga.Sentiasa beringat,Tuhan mengawasi setiap perbuatan kita.
# Ingat itu 

Memandang rendah terhadap kebolehan orang lain tidak menunjukkan kehebatan kita.Melainkan kita dapat membuktikan kehebatan kita melalui tindakan.
# cakap kosong sahaja tidak berguna