Video Lawak:When You Accidentally Drop Your Cookie In The Milk

Sunday, August 31, 2014


Post by Funny Vines.

the way the cookie just sinks is so sad 

25Wordless Sunday:Why W is called Double U???



Hahahaha~

Ko paham???

Yang ini lawak!

#5:CPUV|Jacobs


Cek Nuffnang tengok dapat CPUV ni.Rezeki sebelum aku menjejakkan kaki ke U.

Korang klik-kliklah ye kalau ternampak iklan ni.

Tak boleh nak bebel panjang.Kena siap-siap bertolak pergi Kuching^^,

Orang Merdeka..Engkau?

Orang merdeka engkau?
Engkau merdeka.

Orang naikkan bendera,
kau naikan benda beroda.

Motok terpacak kau mendabik dada,
Kereta terpacak hampir hilang nyawa.

Orang berdoa bersyukur aman damai bersama keluarga,
Engkau?

Berada di jalanan tak tentu hala,
Berborak kosong menjamu mata,
Air ditangan memang berbisa,
Diteguk berkali-kali kau rasa luar biasa,
Hingga otak jadi durjana.

Orang bersorak MERDEKA,
Kau bersorak apa?

Orang post di fesbuk,
Kau turut serta.

Hmm~
Haruskah aku gelak?

Kemudian kau berbangga kerana kau sedang bergembira,
Memang tidak salah untuk gembira,
Tapi perlakuanmu dan perbuatanmu,
Masuk bilik tak kira jantina,
Ingin memuas nafsu derhaka,
Pagi tersedar mulut tersenyum,
Kau masih berbangga?
Padahal orang di lapangan bersiap-siap bersorak merdeka.

Arghh!
Apa merdeka sebenar dimatamu?

Mungkin sekadar mainan.


Blog Berhantu Bekerja Sendiri

Tajuk macam haremmmm~Mentang-mentang dah buat schedule post.Orang lain punya excited nak daftar U,aku masih mood ke laut,darat,langit dan angkasa lepas.Tak tahu lah.Sejak kebelakangan atau lebih comel lagi aku panggil bulan 'Ogos' ni memang tak berapa nak seronok mood aku.Banyak tragedi bulan lapan.Bukan tragedi Oktober ala-ala lagu Awie tu.Tidak sama sekali.Mungkin nak kena tampar pipi kot baru nak semangat sikit,kemudian sepak kat perut dan diikuti dengan 5 kali tikaman pisau tajam di dada barulah semangat aku nak belajar tinggi menggunung.

Tajuk entri post berhantu.Tapi kau cakap apa ni Fiona? Sudah makan ubatkah? Biar kurang merepek.A'aa.Blog gua berhantu.Ini kerana schedule post tu semua.Nanti gua cuma boleh post gambar and Video.Selamat menonton ye.Korang pandai-pandai sendirilah tengok video kat sini nanti.Gua tak kan padam background music.Biar korang stress.Biar korang boleh rasa apa yang aku rasa.

Esok pagi aku dah bertolak pergi Kuching,nampaknya gua sambut merdeka atas jalan raya je la.Disitulah lahirnya sebuah kereta~kemudian 1hb pegi jalan-jalan.2hb gua daftar and terus melekatlah disana.

3-8hb ada Minggu Aluan Pelajar.Dah lah baru masuk.Haha...Tiap hari kena jalan kaki jauh-jauh.Padan muka kau Fiona..Sebelum ni bakar lomak kat badan depan laptop.Lepas ni kau merasalah EXERCISE kaki dan otak.Gua harap kadar metabolisme gua semakin meningkat dan gua pasti selera makan gua akan hilang sementara kerana perlu sesuaikan diri dengan persekitaran baru.

Tak tahulah macam mana agaknya gua kat sana.Dengar kata kos Kajian Antarabngsa ni banyak budak perempuan.Eloklah tu.Gua dari dulu selalu classmate banyak girls~Nanti jadi kelas gedik lah.Kata kauuu~

Oh! Gua rindu rumah.Adik bongsu gua dah nangis-nangis hari ni.Gua pulak rasa sendut.Eh bukan.Rasa sendu.Dan pilu.Alololo~Kesian dia.Tapi gua lagi kesian.Kena jauh dengan family.Terutamanya kesayangan gua Joanna..Wuarghhh!!! Mak miss you sooooo much Joanna!!!


Korang tengok muka dia.Macam manalah aku boleh tahan nanti berjauhan dengan dia ni :'(
Rindulerrr nak gomol-gomol dia.Nak gurau-gurau.Nak marah dia :(


Anak,nanti bila mak datang,rambut tu kasi panjang-panjang.Boleh mak ikat rambut camtu lagi.Haha.

Ohhhh..demi menuntut ilmu. :')

Saturday, August 30, 2014

Ni kelebihan kolej-kolej kediaman kat UNIMAS.Kolej yang last tu lawak! Hahaha~

  • Kolej Sakura
  1. dekat dengan FSTS, FK, FIT
  2. dekat dengan Pavillion
  3. dekat dengan 7E, shop valley, kedai jual ink/printer
  4. dekat dengan tasik
  5. dekat jugak la dengan Jambatan ukhwah
  6. only girls
  7. dekat dengan atm (maybank, cimb, bank islam)
  8. ada laundry kat pavi
  9. kolej paling dekat dengan detar putra, hep, boling
  10. dekat dengan kedai gunting rambut 
  11. ada kedai optic (boleh beli, repair spek)


  • Kolej Allamanda
  1. dekat dengan FSTS, FK, FIT
  2. international students tinggal kat allamanda
  3. dekat dengan Pusat Islam
  4. dekat dengan tempat kayak
  5. antara kolej kediaman yang besar
  6. ada dua cafe makan


  • Kolej Cempaka
  1. kolej kat tengah2.
  2. dekat dengan FEB, FSS, FSKPM, FSGK
  3. dekat yang BRC, TAZ
  4. ada padang futsal
  5. ada padang bola jaring
  6. dekat dengan Jambatan ukhwah


  • Kolej Bunga Raya (BRC)
  1. antara kolej kediaman yang besar
  2. dekat dengan tasik Unimas
  3. kalau nak berkayak, dekat je
  4. dekat gn TAZ
  5. ada tempat pos barang


  • Kolej Tun Ahmad Zaidi (TAZ)
  1. dekat dengan kompleks sukan
  2. dekat dengan pintu keluar selatan
  3. dekat dengan segala jenis padang
  4. dekat dengan BRC
  5. satu2nya kolej yang tak menggunakan bunga sebagai nama kolej
  6. antara kolej yang tertua juga


  • Kolej Seroja
  1. Kolej tertua
  2. Sistem hostel
  3. Berada di Kampus Timur
  4. dekat dengan atm bank islam
  5. dekat dengan Summer Mall
  6. dekat dengan Desa Ilmu


  • Kolej Kenanga
  1. Penginap SUKSIS
  2. Penginap PALAPES
  3. Paling dekat dengan pintu keluar (kampus timur)
  4. Dekat dengan padang kawad
  5. Berada di Kampus Timur
  6. dekat dengan atm bank islam
  7. dekat dengan Desa Ilmu
  8. dekat sangat dengan Summer Mall


  • Kolej Kasturi (luar kampus)
  1. Khas untuk pelajar perubatan tahun 3, 4, 5
  2. Berada di luar kampus utama (Lot 77)
  3. di bandar Kuching


  • Kolej Dahlia
  1. Kolej paling baru.
  2. Dekat dengan FSTS.
  3. Bersebelahan dengan Kolej Allamanda.
  4. Nampak padang golf.

  • Rumah sewa
  1. Boleh masak suka hati

Dah Jumpa IC

Fuhh fuhh fuhh!!! Gumbira rasa hati~Kalau IC dah jumpa.Seperti dunia~Ana yang punyaaaaaaaa eh~Okay~Tarik nafas.Hembus.Aku dah jumpa dah IC aku.Ternyata IC yang disangka hilang rupa-rupanya sengaja nak main nyorok-nyorok.Nakal tau!

Semalam aku dah kena basuh dengan ayah aku dalam kereta.Gila kau.Terbang melayang mood aku semalam.Masa jalan-jalan hari tu lepas kitaorang ambik IC memang aku tak rasa ada keluarkan IC ke apa dari purse aku.Kemudian one family tanya aku ada tak keluarkan IC kat memana tempat.Gila jahh~Otak aku semalam jammed lagi.Tak boleh nak ingat apa yang aku buat.

Kemudian aku dan kakak aku abik duit kat ATM.lepastu kitaorang pun nak gerak balai polis.Kot kot ada yang baik hari jumpa IC kemudian hantar kat balai kan? Kemudian masa baru nak gerak pegi balai,gua terimalah satu panggilan telefon dari ayahanda gua.

Ayah : Hello.

Me : Hello.

Ayah : Korang kat mana?

Me : Baru nak gerak ni.

Ayah : Tak payah pergi balai.IC ada ni haa tercicir dalam kereta.Dah jumpa.

Me : Okk..Bye.

Nampak tak permainan IC kat situ? Rupa-rupanya tercicir dalam kereta.Kemudian barulah gua TERingat yang gua ada kelurkan IC masa ayah beli barang.Konon-kononya nak tunjuk kat dia gambar baru kat situ.Rupa-rupanya menjadi igauan ngeri.Satu malam tidur tak lena jahh~

Manjanya IC baru.Baru dapat terus nakal-nakal dengan aku.Terus ajak main nyorok-nyorok.Haihh..

Kalaulah diberi pilihan untuk tak de IC or ada IC,aku rasa aku pilih untuk takde IC~


IC Aku Hilang

Thursday, August 28, 2014

Malam yang sendu dan suram ditambahkan lagi dengan cuaca dingin sebab petang ni asyik hujan je.Macam tu jugak perasaan aku sekarang.Ada lagi masalah yang datang.Semalam aku buat IC baru dan aku dah ambik dah.Tak lama pun.Tak sampai 30minit aku dah dapat IC aku.

Tengah hari tadi mak aku cakap nak tengok IC baru aku,aku pun ambik dompet dalam beg aku.Kemudian aku cari IC aku dalam tu.Cari punya cari,tapi tak jumpa.Aku dah cuak dah.Kemudian aku cari dalam beg aku and dalam fail yang ada kat beg aku.Cari lagi tapi masih tak jumpa.

Confirm ni aku kena marah dengan ayah aku nanti.Kena marah teruk.Tik tok tik tok.Jam makin nak dekat dah.Aku tunggu ayah aku balik kerja.Aku siapkan hati,jiwa dan raga aku dahulu.Biar nanti aku kuat sikit bila kena marah.Dengan masa yang ada,aku cari lagi.Mak aku tolong carikan.Kemudian kakak ipar aku tolong carikan jugak.Tapi tak jumpa.

Kalau IC ni hilang,ni kali ketiga aku buat IC baru.Maka akan ada 04 lah dibelakang IC aku tu.IC aku akan jadilah macam ni nanti 941003-13-****-04.Aku chat kawan aku.Mana tau tercicir dalan kereta dia ke.AKu try flashback apa yang aku buat semalam.Kot-kot aku ada letak kat mana-mana ke.Aku ada keluarkan IC aku ke.Tapi??? Hmm~Otak aku tak boleh berfikir dah.

Aku cuma doa je semoga IC aku tu boleh jumpa.Dah lah nak sambung belajar.Benda yang paling penting,tu juga yang hilang.Aku trauma dengan IC ni.AKu tak tau lah.Mungkin aku yang tak pandai jaga.Aku lemah dah ni.

Aku berharap sesangat aku boleh jumpa IC aku balik.Kalaulah keajaiban berlaku esok :(

P/s:Fiona fioa~tu laaa..Cuai sangat!!!!!!!!!!!!


10 Days Challenge:Day 2(2 Film)

Apa favorite movie korang? Semalam aku senyap je kan? Aku jejalanlah dengan kawan aku.Afina nak balik UMS,and aku and Arterika nak melapor diri jadi Student UNIMAS pulak awal September ni.


My pretty lady:Afina(kiri),me(middle) and Arterika(kanan)*tiga2 pakai cekak rambut,tiga2 buat 'peace'~

Semalam gue nonton~Tengok cerita Hong Hoon(1st Film) dengan dorang.Sumpah ni cerita hantu paling membosankan! -_- Gua cekalkan hati nak tengok pun sebab sayang dengan duit yang gua dah beli.Ye la..Rugi pulak kan kalau beli tiket tapi tak tengok movie.Yang si Afina tu,tidur dia~Seronok dia tidur~Haha..Kalau gua buat preview cerita tu,gua rasa apa yang gua cakap lebih menarik daripada lakonan and jalan cerita tu semua.Ye la.Dah lah hantunya tak muncul-muncul.Kalau ada anugerah cerita seram paling bosan,ga undi 100 kali untuk cerita ni.Sebelum movie start kita orang siap nyanyi lagu negaraku tauuu~Haha..Comel..Ye la..Bulan kemerdekaan kan?


Guardian Of The Galaxy(2nd Film) :
Okay.Yang ni memang best.Tersangat best! Aku sarankannn sesangat korang pergi tengok cerita ni.Best wooo! And boleh baca kisah aku pergi tengok cerita ni sesorang*pathetic* kat SINI.

Semoga perjalanan si Afina dipermudahka^^, Same goes to me and Arterika^^,

10 Days Challenge:Day1(1 Picture)

Wednesday, August 27, 2014

Dari kiri: Daryl,Panti,Me,Gloria,Jowely

Mereka yang ku rindui.

*Ambik mike*Dear kawan:Aku rindu korang semua.Satu tahun setengah masa kita kenal tak cukup bagi aku.Aku nak cakap macam mana lagi ye? Hmm~

Dear Daryl:You just not a friend of mine.Not only a BFF*Paris Hilton Voice* but you are my twin and brother too.Kawan dari form 1.The funniest man I have ever met.The one why that selalu buli-buli me.Abusive! Lol~No no no.A lover.A loyal friend.Oh!Did you know how much I LOVE YOU??? Thanks for being a good friend to me.Thanks sebab selalu belanja satu kelas*jadi wakil kelas* But please if we are classmate satu hari nanti,tolong bising dekat tempat duduk orang lain.Dont kacau-kacau me if I want to study.Please jangan terlalu kuat melawak.And please jangan annoy me anymore with your lame joke.But the most important thing is,please don't change and keep annoy me.Cause I like you bwhen you are yourself and not somebody else.

Dear Panti:Ohh! Pannnn!!!! Babyyy!!! Hahaha!!! Imischuuu!!!!!More than anything else!I mischuu mischuu mischuu!Satu tahun setengah kenal ho? Hmm~I miss you :( Thanks sebab selalu ikat rambut aku.Sebab selalu buat rambut flowerhorn aku.Jangan kacau laptop aku masa dalam kelas plis!Jangan tengok runningman sampai kena marah dengan cikgu and laptop aku jadi mangsa.Oh ya! You are bajiks(beautiful)!Very very you know! Haha~I know sometime u can be sooooo rude.But I do love you and your attitude.U just being yourself.Thanks for sharing me your food and everything.

Dear Gloria Gulang:Gulang!!! My Lady and Guy! Hahaha~Pernah jadi classmate masa Form 1 but then aku pindah then masa Form6 kita jumpa balik.Hahaha.Please Gulang..Please..Dont be too cool!!! Hahaha..Jangan buat muka slumber kalau kena marah.Kalau orang marah tanpa sebab,please lawan balik.DEFEND YOURSELF!!!Dont be budak kecik.Dont tapok-tapok(sembunyi) makanan from us.We hate you!Haha..You kuat sayang,but you selalu kena buli.Haha.But with me you be such a good girlDengar arahan*macam saya membuli*But I know its because u love me so so so much aite?? Haha..Thanks for a lovely momentos babe^^,

Dear Jowely:Jowe Oppa!!! Thanks for lending me your shoulders.Hahaha!Whenever I feel asleep or I just being lazy in class,you just lend me your shoulder.You are a good brohther too! Thanks for being a good friend.Sampai kadang-kadang kena gosip.But,only both of us know how much we love each other as a friend and brother-sisto~Haha.Thanks for holding my hand,being a romantic guy ever and oh ya! For the food!!Haha.SEAWEED!!! Om nom nom nom.Cant wait to see you in the future.Oh I love you Joweeee!!!Missing you so so so much!

For me:Jangan gedik sangat Fiona.Be a good friend.Take a note.

Segmen Jom Blogwalk ! #2 by Mellya

Tuesday, August 26, 2014

 Segmen Jom Blogwalk ! #2 by Mellya
Klik banner untuk join

Blogwalking lagiii^^,

Hilang Semangat Dan Cuba Hidupkan Semangat

Gua sedang menghitung hari.Tak lama lagi nak tinggalkan rumah.Unimas sedang menanti gua.Dengar kata MAP(Minggu Aluan Pelajar) kat sana memang padat jadualnya.So,sebelum kurang masa(Ataupun tak da masa kot nanti) nak menghadap beloggg gua,gua luangkan masa untuk memberi kasih dan sayang sepnuhnya terhadap blog.Dan~Ta-daaa! Blog gua berwajah baru lagi.^^,


Sebelum ni gua cakap otak gua jammed kan? Sekarang pun sama.Hari tu lepas kena marah dengan ayah barulah gua bertindak.Nampak sangat tak ready~9 bulan cuti memang menghilangkan mood gua untuk belajar.Lebih-lebih lagi belajar dekat tempat yang jauh.Kira jauhlah tu.Kanowit-Kuching ambik masa 7 jam.

Gua mesti hidupkan mood gua.Kawan-kawan lain dah ready..excited..gumbiraaa~Gua? *Krik krik krik krik*

C'monnn Fiona! SEMANGATTTTTT!!!

10 Days Challenge, Sape berani...?|SallySamsaiman

Monday, August 25, 2014

Kalau nak join,sila klik SINI
Macam menarik kan?

Begini alkisahnyaaaaaaa*Buka buku cerita*
SallySamsaiman:"Sally jumpa benda ni dekat satu blog tapi last dia update tahun lepas la..mungkin dia bukan blogger tegar kot...so, Sally macam tertarik nak buat jugak..hehehe...sebab kadang-kadang tu macam takde idea nak update ape kan...So, dengan 10 Days Challenge punya soalan ni secara otomatik kita dah ada 10 entry...haaaa...macam best kan...?

Sally akan mula esok...dengan Day 1 - 1 Picture...kalau nak join, sila la...hihihi...boleh kita main kenal-kenal kan..kekeke...

^_____^"

So,tiada paksaan~Sebab aku rasa seronok je buat benda ni sekaligus boleh bagi aku idea untuk post something,so aku pun nak buat sesama.Jom lah follow sekali~Hehehe^^,

Dhiya's First Giveaway

 Dhiya's First Giveaway
Klik banner untuk join

Halloooo orang kampung blogspot.com! Hehe~

Ehem ehem*testing mike*:
"Syarat simple the pimple tau!Jemput abang-abang,kakak-kakak,adik-adik sekalian untuk join."

Hadiah untuk lucky winner:
"Mungkin saya boleh pertimbangkan koleksi buah tangan Korea saya tu. (P/S: Cenderahati dari Korea saya masih banyak, tau! Memang dibawa pulang untuk DDD)" by Diri Dhiya

Syarat-syaratnya*drumroll*:
1) Tempoh kempen: 18 Ogos 2014- 31 Ogos 2014 ( jam 12 tengah malam)
2) Follow blog Dari Diri Dhiya dan nyatakan anda follower yang ke berapa
3) Post kan entri ini (copy and paste) sahaja di blog anda
4) Ajak rakan-rakan pembaca blog anda untuk menyertainya 
5) Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen entri ini
6) Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan random.org
7) Ada 7 pemenang bertuah akan dipilih! 7 tau! 

So,apa tunggu lagi.Jom lah join.7 pemenang tau! 7! 7! Haha~

Okkk~Sekian dari hamba~Selamat bersegmen kepada semua yang join^^,

Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme

 Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme
Klik banner untuk join

Halloooo~
Kali ni nak join pula segmen by Syaz^^,

Tak lama tau~Segmen berlangsung dari 25-01 Ogos ni.Jom kita join sama-sama.

Syarat pun senang je~

Mari dengar sepatah dua kata dari Syaz:
Assalamualaikum uolls... selamat petang... so.. buat pertama kalinya syaz nak buat Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme.. syaz dah lama nak buat segman nih.. tapi asyik tangguhh jerr.. macam2 syaz fkr.. boleh ke syaz buat..? ade ke yang nak join segmen syaz buat? kalau asyik fikir camtu sampai bila2 pon niat syaz nk buat segmen tak jadik .. kan2.. syaz teruskan jerr.. di harap mendapat sambutan laa erkk :D

So... tanpa membuang masa.. syaz lancarkan SEGMEN PENCARIAN BLOGLISTnih...
Tujuan utama syaz buat segmen nih adalah untuk menambah rakan dalam bloglist syaz supaya senang syaz nk BW korangg... disamping menambah kenalan.. semua boleh turut serta menjayakan segmen syaz nih oke.. tak kira blogger lelaki atau wanita, baru atau lama.. join jer... oke :D

Jemput join semuaaa~^^,

Apa Itu "Ice Bucket Challenge"?


Baca SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ice Bucket Challenge.

So,korang boleh lah search kat youtube pasal ice bucket challenge ni.Benda simple je.Ambik sebaldi air sejuk,kemudian simbah kat atas kepala sendiri.Macam benda tak berfaedah kan? Tapi ini akan mengingatkan kita kepada penderitaan orang lain.Lepas simbah air tu,baru kita dapat rasa macam mana perasaan orang yang menderita ALS ni.Kadang-kadang manusia ni tak faham penderitaan orang and tak tahu macam mana perasaan orang yang menanggung situasi itu sendiri.

So,pada pendapat saya,tak salah pun sokong kempen ni...Will I do this challenge? And will you do this challenge???

Amyotrophic lateral sclerosis (ALS)—also referred to as motor neurone disease (MND), Charcot disease, and, in the United States, Lou Gehrig's disease—is a neurodegenerative disease with various causes. It is characterised by muscle spasticity, rapidly progressive weakness due tomuscle atrophy, and difficulty in speaking (dysarthria), swallowing (dysphagia), and breathing (dyspnea). ALS is the most common of the five motor neuron diseases.(Sumber:Wikipedia) Klik SINI untuk baca mengenai ALS.

P/s : Semoga mereka yang menghidap penyakit ini sembuh.Amen.

Tukar Header&Background Animated(GIF)

Sunday, August 24, 2014

Hai orang kampung blogspot~Haha~Satu hari ni aku menghilang~Pufft pufft pufft~Hari ni tiba-tiba rasa rajin nak godek Meitu.Oh!Rupa-rupanya Meitu pun ada juga background transparent~Haha~Nak guna photoshop,tak pandai.Akhirnya berjaya buat header yang SIMPLE and PIMPLE jerawat kecik besar kecik besar~


Semua gambar memang gua edit guna Meitu.Kalau nak try,boleh search kat Google ke yahoo ke pape je la.Taip je Meitu.com kemudian korang akan nampaklah bahasa Cina~Muahahahahahaaaa~Macam gua PANDAI cakap B.Cina...Hmm Hmm Hmm~Tak lah.Sebenarnya sepatah haram pun gua tak pandai baca.Cuma gua rajin nak korek apa yang ada kat situ.

Untuk backround pulak,gua guna animated header.So,kalau mata korang berpusing-pusing masa terjah blog gua,tu nasib koranglah~Jangan pulak tengok sampai juling.Nanti jangan saman gua.Gua tak nak.Gua takut.Harap-harap kali ni memang akan bertahanlah header dan background tu.

Nanti korang menyampah pulak~Ehh~Budak ni macam takd pendirian je.Kejap tukar header,kejap tukar bacground~

*Walaupun blog gua hak gua,tapi gua kena ambik kisah jugak viewer gua yang SETIA macam KORANG* Hahaha~*Mengampu*

JAWATAN KOSONG 2014!!!

JAWATAN KOSONG 2014
(KEMENTERIAN PERTAHANAN)
KELAYAKAN:
1. Kelulusan SPM/SPMV/STPM/Diploma/Ijazah/Sarjana/Master
2. Gaji pokok : RM1800-3400
3. Elaun bulanan
(Cola, ITP & Khid. Awam) RM450
4. Elaun penginapan RM300
5. Elaun Shif RM 300
6. Elaun Uniform RM780
7. Elaun Dobi (bulanan) RM200
8. Percuma kursus mempertahankan diri
(tae kwon do, judo, karate do,muay thai,wushu & silambam)
9. Percuma kursus bahasa (mandarin, jepun, korea,;thai dan inggeris (2 pilihan sahaja)
10. Kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)
*Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan
dikehendaki membawa kad pengenalan diri,sijil berkaitan(spm/spmv/diploma/ijazah)serta 3 keping gambar berukuran passport pada 7 September 2014 di Jabatan Pertahanan yang berhampiran.
Syarat-syarat kelayakan:
Umur 17-28 tahun sahaja.
Ketinggian minima 165cm. (L)
Ketinggian minima 156cm. (M) Bebas dari pengaruh dadah & kes polis
Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (Full Gear) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.
JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN:
1. POWER RANGERS (100 kekosongan)
2. KAMEN RIDERS (100 kekosongan)
3. ULTRAMAN (150 kekosongan)
4. POWER PUFF GIRL (Wanita sahaja)
5. AVENGERS (115 kekosongan)
6. KLUANG MAN (terbuka untuk rakyat Johor)
7. CICAK MAN (Melayu sahaja)
8. BATMAN (1 kekosongan)
9. SPIDERMAN (1 kekosongan)


24:Wordless Sunday(Dont Worry)



Why worry and worries and worried? He is the one who hold the future~

Video Halusinasi:Hallucinogenic Optical Illusion

Saturday, August 23, 2014


Wahhh~Terpukau lahhh! Haha..

Post by Krafty Kuts.

Tengok Wayang Sorang:Guardian Of The Galaxy

Kau nampak tajuk atas tu? PATHETIC FIONA! Hahaha..Hari tu kan..hmm..hari selasa lah.Masa tu aku bayar yuran pengajian aku and buat buku akaun.Ye lah.Orang lain dah sibuk bayar yuran start 18hb hari tu,aku pulak masih rilex-rilex hisap rokok*ini perumpamaan sahaja okay*.Aku pun bincang ngan bapak aku,aku settle semua hal.And selesai~Tunggu aku balik rumah kemudian daftar online.Lepas tu,bapak aku kena balik kerja.Tapi aku nak pergi mana???

So,mula-mula first dan pertama sekali dia nak hantar aku kat ofis kakak aku.Tapi aku tak nak.Bosangggg lah duduk ofis.Bukan aku ada kerja pun.Kot ye aku boleh online kat sana,pun bosan.Sebab aku tak boleh nak gila-gila nanti.Gila ke apa nak gila-gila orang lain tengok nanti.Kalau aku dengan kakak aku je boleh lah aku buat perangai sewe aku.Lagipun CCTV sana sini.Jatuhlah saham WANITA gua nanti~

Lepas tu,ayah aku tanya lah aku nak pergi mana.Nak jalan-jalan kat pasar ke.Oh ya.Ini gua nak bagitau.Orang Sarawak cakap BANDAR tu PASAR tau.Jangan herann~Bukan pasar minggu.Pasar itu Bandar dan Bandar itu Pasar.Kalau pasar minggu tempat beli sayur and lauk-pauk tu orang sini cakap PASAR TAMU gituu lohh~*Cakap indon pulak* Lepas gua talk-talk dengan ayah gua,akhirnya kami mencapai kata sepakat dan gua pun dibenarkan untuk jalan sesorang kat bandar.

Tempat gua jejalan? Tadaaaa~PREMIER Sibu~

Gua jalan lah.Pergi atas pergi bawah.Naik atas turun bawah.Antah berapa kali gua turun naik bangunan situ.Hahaha~Gua rasa pekerja kat situ pun mesti nak lempang muka gua~Bukanya besar pun tempat tu.Nak pergi jalan tempat lain,naya gua dengan cuaca panas.Ayah gua bagi RM50.00 je.Gua ni memang PANDAI sangat guna duit.Bila orang bagi sikit,barulah gua fikir nak guna duit dengan elok.Lagipun gua ni tak pandai nak minta duit lebih.Mana orang bagi,gua ambiklah.Bukan soal tak ada duit,tapi gua ni jenis tak nak minta lebih.Syukurla ayah gua bagi daripada takde langsung.Nak ambik duit dalam bank,hmm hmm hmm~Sayang duit gua! Hahahaha~

Maka bermulalah perjalanan gua:

Dengan RM50.00 di tangan,gua beli Ink Printer RM37.00.So,bakinya RM13.00.Dalam dompet gua ada RM2.00.Kita campur jadi RM15.00.Dengan duit RM15,setelah gua fikir bagai nak mampus,akhirnya gua putuskan untuk tengok wayang.Akhirnya gua tengok cerita Guardian Of The Galaxy.


Tiket yang gua beli pulak harga RM12.00 sebab gua tengok 3D.Bukan gua nak sangat tengok 3D,tapi memang tu je cerita yang sedang main masa tu.Nak beli tiket lain,terlalu awal and terlalu lambat.Nanti tak bestlah tengok cerita setengah-setengah.Pukul 5 ayah gua jemput gua pulak.Tinggallah baki duit gua sebanyak RM3.00.Akhirnya gua putuskan untuk beli keropok.Keropok tu pulak harga RM3.50.Huarghhhh~Hahaha.Nape tak jual murah mak cik?Nasib baik gua ada duit spare tau*duit siling je pun* Maka tak da lagilah duit kertas dalam dompet gua!!! Hahaha~Kesian tak? Kesian kan? Gua tulis ni pun tengah nangis sambil lap hingus*melampau*.


Paling comel,cuma ada 5 orang sahaja dalam tu.Hahaha! Aku,laki sorang,laki sorang and satu pasangan kapel.Nasib baik juga dorang tak buat wayang sendiri.Kalau tak,bukan 3D lagi wayang yang gua nampak.100D.Haha~Walaupun ada kebebasan untuk duduk kat mana-mana kerusi,kami memilih untuk duduk dekat-dekat.Laki sorang duduk baris depan belah kiri,sorang duduk depan belah kanan,aku duduk belakng lelaki yang baris kiri dan kapel dorang tu duduk kat belakang lelaki yang duduk baris kanan.Oh~Kami comel~

Gelak sama-sama~Nangis sama-sama.Cerita ni best sangat!!! Tak de satu part pun yang bosan.Serius aku habaq kat hang.Memang best.

So,ada sesiapa kat sini nak belanja gua tenok wayang??? Heheheheheheee~

#23:Wordless Saturday



Yup yup...Train yourself!

10 Commanments of God

The Ten Commandments of God
I. I am the Lord your God; you shall not have strange gods before me.
2. You shall not take the name of the Lord your God in vain.

3. Remember to keep holy the Lord's day
4. Honor your father and your mother.
5. You shall not kill.
6. You shall not commit adultery.
7. You shall not steal.
8. You shall not bear false witness against your neighbor.
9. You shall not covet your neighbor's wife.
10. You shall not covet you neighbor's goods.

Selesai Part Gambar Pasport

Friday, August 22, 2014

Hari tu dah settle dah bayar yuran pengajian kat Bank Islam dan buka buku akaun sekali.SSPN dah lama dah buat.And sekarang tinggal PTPTN je lagi.Dan hari ni tambah lagi gambar pasport.Haha~U cakap nak 13 keping tapi gua ambik 24 gambar pasport.Nampak tak bertapa melampaunya gua kat situ?

Muka macam mintak kaki jeeeee~ ._.

Kalau nanti dorang nak guna gambar,xpe lah.Senang keje aku.Aku dah banyak spare.Hahaha..Nanti aku tak lah susah-susah nak keluar ambik gambar :3

Sekian cerita gua.Modal takde nak tulis panjang-panjang.

Tukar Background Blog Lagi!!

Thursday, August 21, 2014

Okay~Entri pendek sesangat ni.Hamba tukar lagi background hamba.Nampak tak yang hamba ni memang gatal tangan?



#Selamat malam

#3Art:Bila Fiona Melukis/Berseni

Pernah dengar quotes ni tak :: Im not a girl,not yet a woman.

Ni aku buat masa aku form 3.

Senang je nak buat.

Pen hitam and beli glitter silver and pink.
Kemudian guna gam yang hujung dia tu ada lubang kecik ala-ala pen.

Then tulislah ikut kreativiti korang.



Kalau tengok dekat-dekat lagi best sebab bling-bling dia tu memang ketara.Hehe~

Saya memang suka bling-bling ni.

Jiwa remaja dulu ni~Haha..Entah apa-apa ntah aku merepek tulis kat tepi-tepi tu guna pen hitam.

Perumpamaan Memasuki Kerajaan Syurga:Matthew 19 : 23-30


(23) Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sukar sekali bagi seorang kaya untuk masuk ke dalam Kerajaan Sorga.

(24) Sekali lagi Aku berkata kepadamu, lebih mudah seekor unta masuk melalui lobang jarum dari pada seorang kaya masuk ke dalam Kerajaan Allah."

(25) Ketika murid-murid mendengar itu, sangat gemparlah mereka dan berkata: "Jika demikian, siapakah yang dapat diselamatkan?"

(26) Yesus memandang mereka dan berkata: "Bagi manusia hal ini tidak mungkin, tetapi bagi Allah segala sesuatu mungkin."

(27) Lalu Petrus menjawab dan berkata kepada Yesus: "Kami ini telah meninggalkan segala sesuatu dan mengikut Engkau; jadi apakah yang akan kami peroleh?"

(28) Kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya pada waktu penciptaan kembali, apabila Anak Manusia bersemayam di takhta kemuliaan-Nya, kamu, yang telah mengikut Aku, akan duduk juga di atas dua belas takhta untuk menghakimi kedua belas suku Israel.

(29) Dan setiap orang yang karena nama-Ku meninggalkan rumahnya, saudaranya laki-laki atau saudaranya perempuan, bapa atau ibunya, anak-anak atau ladangnya, akan menerima kembali seratus kali lipat dan akan memperoleh hidup yang kekal.

(30) Tetapi banyak orang yang terdahulu akan menjadi yang terakhir, dan yang terakhir akan menjadi yang terdahulu."

Segmen Blogwalking : When I Was A Kid by Aina Akmal

Wednesday, August 20, 2014

Klik banner untuk join

Okay~Kali ni jom kita join segmen blogwalking by Aina Akmal pulak.

Syarat dia senang je tau~

Follow blog dia dan yang lain tu macam biasalah.

Kita meriahkan segmen dia pulak^^,

Blogwalking seronok kot.

Peserta bertuah akan mendapat salah satu Buku Peribadi Aina Akmal.

Apa tunggu lagi! 

Cepat cepat~

Misi Menjaga Joanna Berjaya!

Semalam tu memang aku letih sangat.Ingat nak update entri ni semalam.Tetapi gua tertidur awal.Pagi kena bangun awal-awal sebab mommy Joanna awal pagi dah pergi iv.Sebelum pukul 6.15a.m macam tu.Nak tak nak,kena bangun awal juga*haih~Nampak tak selalu bangun lambat?*

Ni haa~Muka gedik ni lah yang aku sayang :










Kemudian jaga si Joanna ni.Pukul 7a.m macam tu masih cantik~Mood dia masih elok~Kemudian selepas 30minit macam tu lepas bagi dia makan dia mula dah~Dia meragam pulak.Dia nak tidur lertuuu~Kasi susu botol,dia tepis macam NINJA.Aku dah runsing dah.Aku letak dalam buaian dia tak nak.Dia dah mula nangis.Air mata dia dah macam apa dah.Aku dukung bawa jejalan baru dia senyap.Lama aku dukung dia sampai aku rasa belakang aku sakit.Dengar dia senyap,aku letak dalam buaian dia.Akhirnya dia tertidur~

Dekat pukul 9.30 a.m macam tu dia bangun.Aku cek lampin dia.Oh~Patutlah.Dia berak rupanya.Lepas tu aku buka,aku cuci terus aku mandikan dia.Perghhh! Wangi gila anak aku! Hahaha...Kemudian dia cuma happy tak sampai 30minit pun.Dia dah menangis balik.AKu dukung lagi.Penot wooo~Gua belum mandi. Sedihhh~

Kemudian nasib baiklah mak gua dah balik.Apa lagi.Ambik kesempatan mandi cepat-cepatlah.Lepas tu mak pergi meeting lagi.Ohh tidakk~Tapi..Nasib baik aku dah dodoikan dia balik.Adalaaaa juga tolong aku tengokkan Joanna sekejap.

Nasib baik mommy dan daddy dia sampai lepas tu~Phewww~Masa dorang sampai dia masih tidur~

Misi aku berjaya! Yeay yeayyyy~Hahaha~

#1Review:Snow Pink Lipstick by Simply Pretty

Tuesday, August 19, 2014

Okay.Aku nak buat preview hari ni.Ni kiranya first time lah aku buat preview untuk make up bagai~
So,ni nak buat review untuk Lipstick Simply Pretty(Avon).
Harga murah je kot.Aku beli ni RM7.00.
Berbaloi?
Cantik?
Memang!Confirm~
Hehe..Aku memang suka lipstick yang changeable color ni.
Aku beli Snow Pink semalam.






Ni gambar bibir biasa ye:

Dan ni pulak nak tunjuk gambar lepas pakai lipstick ni:


Aku memang suka suka suka! 
And aku nak tambah koleksi lagi.
Nak beli lagi.

P/s:Ni aku calit 2-3 kali.Kalau calit banyak lagi,perggggh!Merah menyala dia.

22Wordless Tuesday:Hargai,Bantu,Maafkan&Lupakan

Sumber : familyshare.com

Renungan untuk pagi ini^^,

Sama-sama kita beringat.

Kadang-kadang kita terlupa untuk menghargai orang yang sayangkan kita.

Kadang-kadang kita terasa berat untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan kita.

Kadang-kadang kita terlalu susah untuk memaafkan orang yang menyakiti kita.

Kadang-kadang kita susah untuk melupakan orang yang meninggalkan kita.

^^,

Have a blessed day~

Mommy Joanna Tinggalkan Joanna

Monday, August 18, 2014

Mommy Joanna : Hari Selasa minggu depan akak ada iv.Nanti awak lah tolong tengokkan si Joanna.

Me : Okay(senyum).*Hati cuakkkkkkkkk!!!*

Tak tahulah besok~Dia ni tak pernah jauh dari mak dia lagi.
Kuat menyusu kat mak dia.
Nasib baik ada nenek aku tolong aku besok.
Kalau tak~
Harap-harap besok dia jadu budak baik macam biasa.

P/s:Goodluck untuk kakak ipar aku^^, Semoga besok segala-galanya dipermudahkan.

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

#2Art:Bila Fiona Melukis/Berseni

Nak tunjuk lagi hasil contengan gua hari ini~Haa..

Yang ni gua conteng masa gua Form5.Kalau tak silap buku nota yang inilah yang paling banyak contengan mengarut~

Tak susah pun~Hok alohhh~

Cuma guna sebatang pensil,pen hitam,warna dan silver gliter dan juga gam.


Nampak tak ada budak perempuan melompat? Tak nampak? Takpe lah~Haha :P


Ini sahajaaaa~Sekian~Maksehh~