3rdOctober:#FionaTurnsTo21

Tuesday, October 6, 2015

3 Oktober lepas dah genap umur 21 tahun. Buat pertama kali tak buat ap-apa wish^^, Semga diri terus kuat, sentiasa sihat dan berjaya dalam apa-apapun bidang yang diceburi.





Terima kasih buat segala kejutan kecil dan wish yang tak putus-putus sehingga ke hari ini :)

Semoga semuanya diberkati.

#dontjudgechallenge by me

Friday, August 21, 2015

Saya pun tak nak ketinggalan buat #dontjudgechallenge ni πŸ˜‚

Lama menyepi pii mana?

Thursday, August 20, 2015

Lama kan dah tak update blog. Singgah sekejap la malam ni πŸ˜‚ Rindu jugak nak membusykan diri dengan blog 😘Bukan menyepi..cuma otak kering..hahaha..tak da idea nak tulis apa2.. ni dah nekad dah tak nak tinggalkan blog dah πŸ˜†

Reaksi Kanak-Kanak (Slap Her)

Sunday, May 24, 2015

Source : Click On This Link

Hai :)

Ini adalah sambungan yang saya ceritakan semalam mengenai video : SLAP HER

Tak nak sembang panjang lebar :)

Selamat menonton. Dan selamat berfikir.

Dan apa pula komen anda?

Wajar Untuk MENAMPAR WANITA!

Saturday, May 23, 2015


Source : Click on THIS LINK

Hai :)

Kali ni rajin pulak update blog ye...(Sebenarnya auto publish trick!)

Kali ni kita terjah pulak pasal "Slap Her" video.

Video ini telaj menjadi satu viral apabila Mesej yang cuba disampaikan mendapat perhatian semua pihak.

Sebenarnya video ini dah lama. Tapi baru ada masa untuk kongsikan bersama anda.

Untuk video yang akan datang saya akan kongsikan pulak video yang berkaitan dengan video ini.

Tidak ingin tersalah anggap. Selalunya golongan wanita merupakan golongan yang selalu ditindas.

Mesej dia mudah, YOU HAVE NO RIGHTS TO HIT ANYONE.ANYONE!

So, apa pulak pendapat anda?


Sexual Harassment? Apa yang akan anda lakukan???


Source : Click on THIS LINK

Hai. Setelah lama tidak update blog, saya ingin kongsikan anda tentang satu video ini :)

Video yang sangat menarik. Dapat membuka minda anada dan juga saya.

Kita semua tahu bahawa sekarang kita berada di zaman permodenan di mana kita juga mengharapkan manusia juga menunjukkan sifat dan keperibadian seelok manusia itu lebih tinggi.

Namun sedih apabila masih berlaku penindasan dan juga diskriminasi terhadap mana-mana manusia di muka bumi ini.

Sekiranya anda berada di dalam situasi tersebut, sejauh manakah keberaniaan anda untuk membantu mangsa?

Selalunya manusia yang boleh berfikiran wajar selalu teragak-agak untuk menghulurkan bantuan.

Saya ingin menyeru kita semua untuk berani dalam menegakkan keadilan.

Selamat berhujung minggu semua :)

Cyber Crime

Thursday, April 16, 2015

Pagi ni agak mencabar bila dah masukkan anak buah lebih dari 3 kali dalam buaian dia. Nak dodoikan dia tapi dia meronta. Dia meniarap dalam tu. Last-last kakak ambil alih tugas and sekarang dia tidur. Kau tau ibarat menjinakkan burung merpati. Dia konon-konon manja. Tapi bila kita pegang nak dodoikan dia melawan.

Pagi ni cuma nak bercerita tentang perangai manusia kat laman sosial. Tak nak lah buka topik yang biasa kita dengar. Macam kau kenal dengan si A kemudian jatuh cinta. Ataupun merungut pasal budak-budak yang selalu but fake relay kat laman sosial. Mahupun sembang pasal orang yang suka mengaibkan orang tanpa usul periksa. Atau cerita pasal kaki carut sekaligus penganjing yang berkeliaran di newsfeed anda.

Kali ni kita cerita sejauh mana kita mampu untuk menyimpan identiti kita di laman sosial. Bila kita cakap pasal benda alah ni, kita kadang-kadang ambil ringan je. Contohnya : Apakah 'Bangsa' anda? Mahupun soalan berkaitan jantina ataupun nama haiwan peliharaan kamu yang pertama.

Apabila kita mengisi ruangan tersebuat maka data kita akan dikumpul. Apabila sekali sahaja anda sudah menekan butang 'Send' maka data anda akan disimpan. Kau ingat orang tak berminat dengan data kau? Kau pernah tengok CSI:CYBER ? Dimana mangsa-mangsa dipilih daripada laman web.

Benda ni semua mengajar kita untuk berhati-hati. Hati-hati dengan apa yang kita kongsi dengan seluruh dunia tanpa pemisah.

Try cari kat Youtube video sorang mamat ni dia aim sesetengah individu yang terlampau berkongsi dengan masyarakat pasal diri mereka. Kemudian dia approach dorang ni then bagitau dorang yang dia kenal dorang. Then dia boleh bagitau tarikh lahar, alamat, nama haiwan peliharaan dorang and macam-macam lagi details dorang. Freak you out huh?

Hati-hati :)

Smartphone

Tuesday, April 14, 2015



Bila lama sudah tidak menulis sekarang rasa kekok pula. Ditemani cerita CSI : Cyber, saya juga akan menemani anda. Haha... Amboi kemain skema ayat aku guna. *Tarik nafas* kemudian... *Tak payah hemus balik* . Gurau. Hambar ye? Okay lah. Tak pe.

Selama aku diam ni aku buat apa? Sibuk sangat ke aku sampai tak da masa untuk update blog lagi? Tak de la. Tak sibuk mana pun. Cuma nak try jauhkan diri daripada laptop. Tu je. Nak jauhkan diri daripada teknologi terkini.

Walaupun smartphone menggantikan laptop. Tapi... Fon tu aku anggap ia bukan tekbologi. Hari tu kan kita orang tulis essay pasal fon. Lepas tu kan masa aku tulis essay tu baru aku sedar fon sekarang bukan sekadar fon.

Dulu kan kerja kau masa pegang fon cuma untuk bbuat panggilan, mesej, main game dan untuk dijadikan bom disebabkan kekebalan fon nokia 31010 kau tu.

Sekarang dengan adanya smartphone kau tu, kau boleh ambik gambar. Kemudian kau boleh jadikan sebagai cermin. Boleh jadi Alarm clock kau. Apa lagi eh.. Umm.. Boleh jadi mp3. Paling penting boleh tolong kau untuk elakkan diri daripada situasi awkward. Ye la masa kau sesorang tunggu kawan and orang kat tepi2 kau ketawa mengilai kau pun rasa krik krik krik krik. Kesian kan...? Kesian kau. Hahaha.. Masa tu lah kau paksa kawan kau untuk datang cepat. Terus kau carutz dia dalam Whatsapp. Sesambil kau buat moment kat wechat konon2 kau bengan lah dengan member kau. Lulz.

Sekali sekala mandikanlah fon kau tu sebagai tanda terima kasih. Dah busuk macam bau ketiak fon kau tu.