ISIS Tak JAHAT!

Saturday, June 4, 2016


Saya: Any question guys?
Coursemate: So selepas kajian ini, pada pendapat anda adakah ISIS ini baik tau jahat?
Saya: *Tarik nafas dalam2."

Sudah menjangkakan yang soalan ini akan ditanya semasa sesi Q&A dengan tajuk pembentangan "ISIS : Media & Propaganda". Soalan yang ringkas dan mudah tetapi menjerat. Salah cara menjawab memang habislah markah pembentangan nanti.

Menjadi seorang pelajar International Studies or International Relations memaksa saya ke satu tahap maksima sebagai seorang pelajar didalam bidang ini untuk menjadi seorang yang rajin membaca dan juga wajib mengetahui tentang isu-isu semasa.

Agak mecabar untuk membentangkan isu-isu berkaitan dengan soal agama terutamanya antara 3 kumpulan yang membentangkan tajuk yang sama tetapi dibawah skop kajian yang berbeza, saya merupakan satu-satunya pelajar non-Muslim yang turut melakukan kajian tersebut. Malah saya mengambil tanggungjawab yang lebih besar daripada kumpulan kami untuk melakukan sesi pembentangan.

Dengan gigihnya melakukan tugasan tersebut selama 2 bulan lebih, banyak maklumat yang telah diperolehi. Banyak juga persoalan-persoalan yang berada diminda, banyak juga kata nama dan juga tanda tanya (eh.eh..ternyanyi pulak), akhirnya banyak perkara yang tidak diketahui sebelum ini telah berjaya dijawab. Berkat kerjasama antara kumpulan tugasan yang sukar akhirnya menjadi sedikit kurang sukar.

Selesai pembentangan maka bermulalah sesi soal jawab.

Saya: Any question guys?
Coursemate: So selepas kajian ini, pada pendapat anda adakah ISIS ini baik tau jahat?
Saya: *Tarik nafas dalam2.* 
          "Tidak adil sekiranya saya melabelkan gerakan ini sebagai satu gerakan yang JAHAT. ISIS mempunyai agenda yang tersendiri dan mereka adalah satu gerakan yang mempunyai Objektif2 yang harus mereka capai. Tidak dinafikan banyak aktiviti keganasan yang dilakukan oleh pihak ini, dan aktiviti tersebut bukanlah muslihat oleh pihak lain untuk menjatuhkan agama Islam. Namun, aktiviti ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh ketua gerakan ini melalui semua laman web dan juga media sosial mereka yang rasmi.
           Namun, berbalik semula kepada pertanyaan saudari, adakah ISIS ini Jahat atau Tidak? Saya tidak akan menjawab secara langsung, namun akan memberikan jawapan secara tersirat. Gerakan ini memang baik kerana ada nilai positif yang mereka ingin lakukan terhadap agama mereka sendiri, TETAPI adalah tidak adil bagi orang lain yang menjadi mangsa terhadap perjuangan mereka. Sebagai contohnya aktiviti pembunuhan yang melibatkan nyawa orang yang tidak bersalah. Ini mungkin salah satu daripada objektif mereka dalam memperjuangkan Jihad. Tetapi adakah adil untuk kita melakukan aktiviti keganasan bagi mencapai objektif kita? MALTAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA."

Berkahirlah pembentangan tersebut dan syukur kumpulan kami mendapat markah 12/15 untuk pembentangan tersebut.

So, bagi rakan-rakan yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang ini, sahutlah cabaran kepada diri sendiri :) Kita belajar untuk menimba ilmu. Seronok jadi pelajar I.R? Yup! Yup! :)

P/S : Sebarang komen, kritikan & pandangan digalakkan :)