Korea Utara vs Malaysia

Friday, March 10, 2017

Sumber: The Mole


Kau dapat lah bezakan penulisan/komentar orang yang banyak membaca bahan bacaan neutral (tidak hanya berpihak kepada satu pendirian tanpa dipengaruhi objektif sebenar penulis) dengan literasi/komentar orang yang ilmunya suam-suam kuku ataupun memang cetek.
.
Megahnya rakyat Malaysia yang bongkak mengutuk tindakan kerajaan Malaysia terhadap negara Korea Utara hanya kerana beliau merupakan seorang pembangkang tegar ataupun tidak mempunyai ilmu yang mendalam terhadap ilmu-ilmu dalam bidang Kajian/Hubungan Antarabangsa (International Studies/Relations).
.
Ramai yang mempersendakan Politik (Domestik/Antarabangsa) adalah sebuah ilmu yang keji kerana menilai daripada tindakan ahli-ahli politik dan diplomatik yang selalu dianggap cuma bersenang-lenang dengan kemewahan tetapi membuat keputusan yang kurang/tidak tepat kerana tindakan tersebut dianggap pengecut atau tidak sama dengan apa yang diharapkan oleh rakyat.
.
Memang tidak dinafikan ada yang menjawat jawatan tersebut telah menyalahgunakan jawatan tersebut demi kepentingan individu, kadangkala membuat keputusan yang salah, tetapi tidak bermakna semua tindakan beliau adalah salah.
.
Setiap individu mempunyai ideologi,pandangan dan juga model2 tersendiri untuk dijadikan panduan dalam membentuk sesuatu keputusan.
.
Jikalau disenaraikan teori2, pandangan dan model2 tersebut terlampau banyak dan sudah pastinya setiap perkara tersebut mempunyai kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Bukan sahaja manusia tetapi perkara yang disebutkan juga tidak sempurna untuk menganalisis dan menjelaskan sesuatu tindakan atau keadaan yang berlaku.
.
Jadilah penulis yang berilmu. Menulis dengan literasi, bukan emosi.
.
“In international relations, in foreign policy, a great deal has to do with historical circumstances, a great deal has to do with the sense and perception of people." (Salman Kurshid).

.
Sementara itu, ulasan mengenai situasi Korea Utara dengan Malaysia telah diulas baik oleh Saudara Ayman Rashdan Wong . Berikut merupakan ulasan beliau: Lawak Antarabangsa
LAWAK ANTARABANGSA
Saya ingat Kim Jong-un (pemimpin Korea Utara) dah kira manusia paling lawak di dunia, rupanya ada yang lebih lawak daripada itu. Mengapa saya kata begitu?
Sebelum itu, mari kita “rewind” dulu pasal drama “Attack on Kim Jong-nam” ini. Kes dia macam ini: Kim Jong-nam abang Kim Jong-un dibunuh di KLIA. Polis Malaysia mahu melakukan bedah siasat. Kedutaan Korea Utara tak bagi, nak tuntut balik mayatnya. Pendirian polis kita ialah sila ikut prosedur Malaysia. Tak puas hati punya pasal, Duta Korea Utara iaitu Kang Chol mempertikaikan undang-undang Malaysia. Maka Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai “persona non grata” (orang yang tidak dihargai), dengan arti kata lain, halau. Korea Utara pula membuat pengumuman bahawa rakyat Malaysia (ada dalam 11 orang, kebanyakan kakitangan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang) tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara.
Adakah Malaysia berhak untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara sebagai “persona non grata”? Ada. Ia telah diperuntukkan dalam Artikel 9, Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Yang bersalah dalam hal ini ialah Korea Utara kerana 11 rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam Kedutaan (9 orang) dan World Food Programme (2 orang) ditahan itu mempunyai kekebalan diplomatik (“diplomatic immunity”). Dalam undang-undang antarabangsa, diplomat hanya boleh dihalau, tidak boleh ditahan.
Dari permulaan drama ini Malaysia telah bertindak mengikut undang-undang dan norma antarabangsa. Namun, bedah siasat akan mendedahkan kebenaran tentang kematian misteri Kim Jong-nam. Kedegilan Korea Utara dalam memberi kerjasama seolah-olah memberi tanda ada udang di sebalik mee Jajangmyeon.
Apa yang Korea Utara buat sekarang ialah “blackmailing” (peras ugut). Ini bukan kali pertama. Tanyalah jiran Korea Utara iaitu Korea Selatan dan Jepun sudah berapa kali diperas ugut olehnya. Di tahun 2009, Korea Utara juga menahan dua orang wartawan Amerika Syarikat, dan mereka hanya dibebaskan selepas bekas presiden Amerika, Bill Clinton melawat Pyongyang untuk rundingan rahsia.
Dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan (“hostage”), rejim samseng Korea Utara berharap dapat menebus balik mayat Kim Jong-nam yang mengandungi kebenaran yang mereka cuba sembunyikan. Malaysia tidak mencari pasal dengan Korea Utara, Korea Utara yang mencari pasal dengan kita. Kalau kali ini Malaysia membenarkan Korea Utara membawa balik mayat sesuka hati, apa yang bakal terjadi selepas ini? Orang asing datang membunuh rakyatnya dan membawa balik?
“Battle of the wills” ini menguji siapa yang mengalah terlebih dahulu. Dalam hal ini, orang asing sedang memijak kepala kita kerana kita mempertahankan hak kedaulatan kita, jadi kita harus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, bukan memperlekehkan kerajaan sendiri. Kalau di saat ini pun anda masih mahu menjadi zombie politik, mohon berpindah ke Korea Utara.
Dalam drama kali ini, ada sebuah aktor yang nampak berdiam, iaitu China. Sebenarnya China mengalami dilema di antara Korea Utara dan Malaysia: China melihat Malaysia sebagai rakan strategik di rantau Asia Tenggara, namun pada masa yang sama Korea Utara ialah bidak penting dalam percaturan geopolitik Asia Timur. Kalau China menyokong Korea Utara, Malaysia akan tersinggung. Kalau China menyokong Malaysia, Korea Utara pula akan tersinggung. Jadi lebih baik China berdiam.
Tahun 1981, tiga kakitangan Kedutaan Soviet Union diisytiharkan sebagai “persona non grata” kerana disyaki mengintip. Dengar, Soviet Union itu. Malaysia pun tidak gentar. Apatah lagi Korea Utara.
“Ha ha ha… tengok, ada orang Malaysia kutuk kerajaan sendiri disebabkan masalah yang kita timbulkan. 바보 (babo)!” Kata seorang ajumma yang sedang menonton berita TV dalam rumahnya di Pyongyang.
Siapakah lawak antarabangsa sekarang?

No comments:

Post a Comment